Bismillahirahmanirahim
Segala puji bagi Allah S.W.T, tuhan sekalian alam yang menguasai segala yang ada di langit dan dibumi..
Buat pertama kali saya telah memasukki alam para blogger, dan pada coretan pertama ini, saya ingin menyampaikan salam perkenalan kepada semua dengan dimulai dengan ayat Assalamualaikum warahmaturrahi wabarakatuh dan salam perkenalan..
Disini saya ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga terutama kepada Bonda tercinta, Majenah Bt Hj Awi..tanpamu tidak akan wujud seorang insan yang bernama Razali bin Morshidi..jasamu mengandung dan melahirkan anakanda ke dunia ini tidak mampu di balas..Kepada Allahyarham Ayahanda Morshidi Bin Bujang, anakanda mendoakan semoga roh ayahanda dicucuri rahmat dan ditempatkan bersamaNYA dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..jasamu membesarkan anakanda dari kecil tapak kaki sehingga anakanda dewasa dan mengenal kehidupan tidak mungkin dapat anakanda balas..hanya kepada yang Maha Kuasa anakanda berdoa agar ayahanda mendapat kemuliaan disisinya..AL-FATIHAH dari anakanda dan seisi keluarga..Ucapan terima kasih dan penghargaan kepada isteri tercinta, Salamah Bt Hj Ismail..kehidupanku menjadi lebih indah dan berseri sejak bersama denganmu..diri ini amat mencintai dan menyayangi dirimu..semoga cinta kita berkekalan dan bahagia sehingga akhirnya..
SALAMAH BT ISMAIL
Tidak lupa kepada kawan-kawan, baik yang jauh dan dekat, semoga tali persahabatan kita terus kukuh dan kekal selamanya..saling bantu-membantu, hormat-menghormati dan bersatu padu sesuai dengan kehendak yang Maha Esa..
Kepada semua yang sudi membaca coretan ini, saya mengucapkan terima kasih kerana sudi membaca..saya mendoakan kesejahteraan dan kebahagian kepada semua..semoga kita semua hidup bahagia dan gembira..
Sebagai orang baru dalam penulisan blog, saya memohon maaf sekiranya ada kekurangan kerana sesungguhnya kelemahan itu adalah datang dari diri saya insan yang lemah..dan kebaikan itu dari Allah S.W.T tuhan sekalian alam..
Akhirkata..aku ingin menbaca serangkap pantun..yang berbunyi..
Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah, tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan..
sekian dari nyapadu
WASSALAM..