Wednesday, November 2, 2011

PERLUKAH TONGKAT MEREKA DI AMBIL BALIK

Artikel yang aku cedok dari Beritasemasa.com..hanya berkongsi kepada semua supaya kita berfikir..fikir..fikir..dan fikir dalam..dalam.."perlukah tongkat mereka diambil balik ?"




harga kereta 3 Harga Kereta Nasional di Luar VS Harga Kereta Nasional di Malaysia Ada Perbezaannya?
Kami bercerita soal harga kereta, harga barang. Memang lumrah. Sebab itu semua keperluan. Tetapi di Malaysia kalau dibuat perkiraan nilai inflasi, pembelian kereta oleh rakyat Malaysia tidak dikira sebaliknya rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan awam barulah tergolong dalam kelompok inflasi. Bagaimana tu? Berapa ramai yang guna pengangkutan awam? Cuba lihat berapa banyak kereta di jalan raya sekarang ini?
Kami tidak akan menyentuh pembelian kereta mewah di Malaysia, tetapi cukup sekadar harga kereta Nasional yang dikenakan sesuai dengan golongan pertengahan. Atau kalau tak mampu nak turunkan harga kereta Nasional disebabkan pelbagai alasan yang diberikan, beri peluang untuk rakyat Malaysia “memilih”. Sampai bila lagi nak bagi subsidi dan perlindungan kepada harga kereta Nasional?
Sepatutnya lebih indah duduk sendiri bukan? Tetapi apa sudah jadi sekarang ini? Ada yang mengatakan kami ini pro pembangkang atau anti kerajaan atau wakil pembangkang. Itu semua pendapat anda, kami tidak boleh menghalang. Sekali lagi kami tiada kena mengena dengan mana-mana parti politik. Cuma kami nak tanya, anda sebagai rakyat Malaysia tak mahu lihat negara ini menjadi lebih baik?
“Kerajaan buat benda baik, kami sokong. Kalau ada kesilapan kami jugak mestilah menegur”
Negara kita bukannya negara miskin tetapi NEGARA KAYA. Tuhan dah anugerahkan kepada negara Malaysia cukup hasil bumi yang cukup banyak. Hanya tinggal kita sahaja menguruskan dengan baik. Itu belum masuk lagi “sumbangan rakyat Malaysia” yang tak henti-henti kepada negara.
Topik kali ini, kami nak sentuh perbezaan harga kereta Nasional yang dijual di Malaysia dengan harga kereta Nasional yang dijual di negara sendiri, Malaysia.
harga kereta 2 Harga Kereta Nasional di Luar VS Harga Kereta Nasional di Malaysia Ada Perbezaannya?
Di UK contohnya, siapa kata cukai sana rendah? Tinggi…tetapi “sepadan” dengan pendapatan yang mereka perolehi termasuk juga harga barangan dan harga kereta di sana. Contohnya :
  • Gaji anda GBP1840 sebulan (Graduan universiti)
  • Harga kereta Nasional GBP7000 sahaja (Perodua Myvi)
  • Kalau pergi berbelanja di pasaraya contohnya, senang-senang sahaja boleh penuh satu troli dengan hanya modal belanja GBP50-GBP60 (beras, ikan, udang, sotong, sayur, tepung, cereal)
Indah tak kalau begitu? Kalau di US macam-macam dana untuk orang awam. Memang banyak orang US yang homeless tetapi homeless mereka pun makan pakai cukup 3 kali sehari. Kerajaan mereka siapa bagi kupon makan lagi. Kalau di Malaysia selagi tak masuk rancangan Bersamamu, selagi itulah “pihak-pihak yang berkaitan buat sardin saje”.
Kami pun tidak mengharapkan Malaysia berada sampai tahap begitu sekali seperti yang berada di UK dan USA. Tetapi sekurang-kurangnya lebih baik daripada sekarang ini. Sesekali minda kita semua di sini (rakyat Malaysia perlu lebih terbuka) untuk melihat keadaan yang di luar sana. Kalau tidak sehingga 10 generasilah kita akan rasa yang Malaysia sudah berada dalam yang cukup selesa.
Soal harga kereta Nasional ini. Kita balik semua kepada negara UK :
  • Kalau di UK, gaji minimum di sana adalah sekitar 5.8-6 pound satu jam. Kalau harga minyak di sana pula bersamaan 1liter minyak = 1.05 pound
  • Basic gaji bagi fresh graduate (ijazah sarjana muda) yang kerja dengan kerajaan boleh dapat sekitar GBP1840 sebulan
harga kereta 7 Harga Kereta Nasional di Luar VS Harga Kereta Nasional di Malaysia Ada Perbezaannya?
  • Okey…katakanlah ada di antara mereka ada yang minat Perodua Myvi, harga kereta Nasional tersebut hanyalah sekitar GBP6999. Berapa kali agaknya gaji, mereka dah boleh beli Perodua Myvi SECARA TUNAI?
  • Yang menguntungkan mereka lagi, aksesori dan spesifikasi Perodua Myvi contohnya yang dibawa ke sana pastinya agak berlainan dengan pasaran di Malaysia selain daripada harga kereta yang agak kompetitif untuk dijual di UK.
  • Kalau tidak dibuat begitu, memang tenggelam timbul permintaan mdel Perodua & Proton di sana
Sebab di negara luar, padang yang disediakan adalah sama rata kepada semua untuk masuk dalam industri automatif ini dengan cukai yang agak “munasabah”. Okey di Malaysia pula :
  • Gaji gresh graduate (degree) yang berkerja dengan kerajaan contohnya boleh menikmati pendapatan sekitar RM2,000 + RM1,000 = RM3,000 lah lebih kurang
  • Harga kereta Nasional di Malaysia (Perodua Myvi) berapa pula? Kalau tak diikat pinjaman dengan bank sehingga 7 atau 9 tahun, belum tentu rakyat Malaysia mampu nak pakai.
  • Kalau ada yang tak mampu juga kenalah naik pengangkutan awam. Contohnya dari Bukit Bintang ke KLCC? Apa yang boleh diharapkan dengan kecekapan pengangkutan awam yang sedia ada?
  • Itu sebablah juga sehingga saat ini, terdapat 20 juta buah kereta yang didaftarkan di Malaysia. Daripada jumlah kereta tersebut, apa pilihan yang mereka ada untuk membeli kereta yang mampu milik?
Jangan bandingkan antara nilai pertukaran matawang tetapi lihat dan perhatikan perbandingan antara gaji kepada gaji. Adakah duit kita semakin mahal atau barang kita yang semakin mahal. Adakah patut harga kereta Nasional contohnya ditekan harga sebegini rupa kepada rakyat. Adakah penjualan pada harga kereta Nasonal sebegini rupa hanya untuk mendapatkan keuntungan atau nak mencekik darah terhadap rakyat sendiri?
Adakah harga kereta Nasional yang dijual di Malaysia, menggunakan konsep pembeli membeli kereta sambil ’menderma’?
Satu lagi masalah utama sekarang ini kerana “nilai” kereta itu sendiri. Inflasi terhadap nilai kereta itu sendiri masuk ke dalam sistem pembankan. Makanya, penyusutan nilai kereta sekarang sudah menjadi satu risiko sistematik kepada sistem pembankan.
harga kereta Harga Kereta Nasional di Luar VS Harga Kereta Nasional di Malaysia Ada Perbezaannya?
Harga Kereta Nasional yang tinggi ketika ini tak setara dengan kualiti yang sedia ada. Disebabkan tarif perlindungan itulah rakyat akan terus ditekan tinggi. Dalam pada masa yang sama, banyak AP yang “dilepaskan” kepada kroni semakin berleluasa ketika ini yang akhirnya memakan diri sendiri. Kalau dahulu Proton boleh pegang separuh daripada pasaran automotif negara, sekarang ini tinggal berapa sahaja?
Dalam bahasa mudahnya, punca harga kereta di Malaysia terlalu tinggi adalah disebabkan :
  • Cukai yang dikenakan oleh kerajaan, tidak kira Proton, motokar Jepun, kereta continental, semuanya akan jadi  harga kereta melambung tinggi apabila dibawa masuk dan dipasarkan di Malaysia.
  • Dalam pada masa yang sama harga kereta Nasional dikurangkan sedikit supaya dapat “bersaing” dengan kereta import
  • Yang peliknya kalau buat pinjaman kereta Nasional lebih mahal daripada buat pinjaman untuk kereta import?
  • Dalam pada masa yang spare pun boleh tahan juga harganya
harga kereta 61 Harga Kereta Nasional di Luar VS Harga Kereta Nasional di Malaysia Ada Perbezaannya?
Harapan kami cuma satu sahaja, kerajaan dapatlah kiranya semak semula dasar percukaian kereta import & tempatan (Semak sini). Terutamanya, kereta kelas ekonomi atau medium yang banyak dibeli oleh rakyat Malaysia daripada golongan pertengahan.
“Cukup-cukuplah dengan tongkat yang diberikan kerajaan selama ini, sehingga rakyat “dipaksa memegang tongkat di bawahnya selama berpuluh tahun lamanya”
Biarkanlah akhirnya rakyat dapat buat pilihan. Bagaimana harga kereta Nasional mahu diselaraskan sehingga mampu menarik pengguna di Malaysia. Ataupun tingkat kualiti yang sedia ada…terpulang

Tuesday, August 16, 2011

Fikir


Di Thailand, petrol seliter RM3.90, gula sekilo RM3.50 dan harga segelas teh o ais RM1.00.
Di negara ini, petrol RM1.90 gula sekilo RM2.30 dan teh o ais berharga RM1.20!
Jika nak ikut cara peniaga Thai berniaga, dengan harga petrol dan gula di Malaysia ini sudah tentulah teh o ais di negara ini berharga RM0.58!
Di Indonesia, beras menjangkau RM9.00 sekilo dan ayam berharga sehingga RM12.00 sekilo. Tapi sepinggan nasi berlauk ayam masih lagi RM3.50.
Di negara ini beras sekilo RM3.50 dan ayam pula berharga RM7.00 sekilo. Sepinggan nasi berlauk ayam berharga RM4.00!
Jika nak ikut cara peniaga Indonesia berniaga, sudah tentulah sepinggan nasi berlauk ayam di negara ini berharga
RM1.75!

Apa dah jadi..

Sunday, August 7, 2011

Ciri-ciri peminpin dalam Islam



Sekadar renungan bersama untuk yang ingin jadi pemimpin
Pemimpin merupakan satu amanah dan bukannya tempat untuk mencari kemulian..bersiapsedialah kamu wahai pemimpin untuk ditanya dan di persoalkan diakhirat kelak..memang seronok jadi pemimpin apabila mendengar nama kita dipuji dan disorak..namun hakikatnya..beban yang ditanggung adalah tinggi..



Tamadub Islam sejak beratus tahun lampau mencipta rekod kepemimpinan di pelbagai benua dan kota, terus melakarkan beberapa pra syarat agar pemimpin betul-betul ‘menjadi’ dan orang yang dipimpin menerima nikmat kepemimpinan, bukan hanya terpimpin selamat di dunia malah juga di akhirat nanti.


Syarat pertama pemimpin ialah iman. Dalam surah al-Kahfi Allah menyatakan iman itu ada tiga implikasi, iaitu ‘imun’, ‘aman’ dan ‘amin.’
Imun maknanya kebal daripada maksiat dan kebal daripada rasuah. Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik, bukannya hipokrit. Manakala ‘amin’ pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak menerima amanah .
Syarat kedua ialah ilmu kepemimpinan. Kepemimpinan bukannya secara spontan atau pakai tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti ada ilmu.
Makna kepemimpinan ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut mencapai matlamat yang digarap. Jika tidak ada ilmu, sepak terajang dan kerenah kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin.
Syarat ketiga ialah ‘selfleadership.’ Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin?
Perkataan ‘leader’ merujuk kepada tanggungjawab (al-mas’uliyah). Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Setiap kamu dalam pemimpin dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawab berdasarkan apa yang kamu pimpin.”
Syarat ini menggambarkan orang yang memimpin itu mampu bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Maknanya, pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawabnya kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh dengan khabar yang tidak pasti.
Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukan mengkambing hitamkan orang lain demi keselamatan diri.
Syarat keempat ialah pemimpin memerlukan ‘The Power Of Communication.’ Ketika berinteraksi dengan pengikut akan menghadapi pelbagai kerenah, keinginan dan tuntutan yang semestinya mampu menenangkan mereka walaupun hajat tidak tertunai, bukannya putar belit.
Cara berkomunikasi ada empat:
1) Cakap mudah difahami, bahasa terang, arahan jelas tidak berbelit-belit.
2) Kesamaan. Setiap orang mudah didampingi, tidak ada tembok pemisah atau terlalu protokol. Pasangan berkahwin sebab banyak kesamaan antara mereka. Mereka nescaya bercerai jika ada banyak perbezaannya.
3) Ikhlas. Walaupun ikhlas terletak di hati dan tidak nampak dengan mata namun ia dapat dirasai. Jika tidak ikhlas seakan ada satu gelombang yang mengganggu perasaan orang yang dipimpin. Kata-kata tidak tajam tidak masuk di hati.
4) The power of service. Cakap hanya perlu pada tempatnya tetapi bertindak semestinya lebih banyak. Allah memberikan kita dua telinga supaya kita banyak mendengar, Allah memberikan kita dua mata supaya kita banyak melihat dan mengamatinya, kemudian bertindak berasaskan pendengaran dan pemerhatian.
Rasanya elok juga disinggung sedikit perkara yang menambah komitmen moral seorang pemimpin berasaskan tafsir lima ayat surah al-Muddassir.
i- Bangun dan beri peringatan. Pemimpin mempunyai kepedulian sosial yang tinggi. Sekiranya di sekelilingnya terdapat perkara menyalahi kebenaran, dengan kuasanya dia akan meluruskannya.
ii-Mesti membasarkan Allah. Pemimpin perlu sentiasa ke depan tetapi jangan mendahului Allah.
iii- Bersihkan pakaiannya. Pakaian luar dan dalam iaitu hati biar turut bersih.
iv- Tinggalkan dosa.
v- Janganlah memberi sesuatu kerana ingin mendapat lebih banyak malah kalau boleh jangan ingat bahawa kita pernah memberi kepada seseorang.
Jadi bersiap sedialah anda jika ingin jadi pemimpin

Wednesday, May 18, 2011

Lelaki ego kalah akhirnya..

Sebuah cerita menarik yang aku kutip dari http://www.buaya-merah.com/.  untuk perhatian dan pengajaran kita semua..



Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan- kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan. Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya... "Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...". Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama.

Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing. Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Abang akan mulai dulu ya", kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat ... Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir ...

"Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya. Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu".
Dengan suara perlahan isterinya berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Abang adalah dirimu sendiri. Abang kacak dan baik di sisiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang..."

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya ... bahawa isterinya menerima dirinya seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis ...


P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?... Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki... wallahualam "Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita... INSYAALLAH."

Tuesday, April 12, 2011

Tip untuk jimat Petrol untuk orang macam aku...

1. Servis kereta ikut jadual - kereta yg di maintain dgn baik akan beroperasi pada kecekapan maksimum..dont try at home..tapi mun terer sik hal..

2. Penapis udara dan penapis minyak petrol kena check! (Penapis minyak petrol kene tukar 40 000 km sekali)
 3. Spark plug perlu dlm keadaan baik ( kalernya sik hitam)






4. Tayar perlu diisi angin dgn pressure yg betul, kalu tayar tak cukup angin, kuat makan minyak...


5. Pakai kereta yg CC rendah tapi kalau nak pakai yg CC tinggi pun boleh cuma system mestila bagus la macam Honda i-VTEC, Toyota VVTi atau pakai sistem

6. Jangan tarik pick-up lebih 3000 rpm setiap gear , tapi sekali-sekala boleh la takut engine basik..hehe

7.Mbak slow- slow man ! jangan speeding .90-100 km/j tu kira ok la.., tapi mun sekadar nak test drive sik hal..hehehe



8. Elakkan jalan raya jem, lagi lama sangkut makan minyak (sebab selalu tukar gear)..p/s : jem..mbak roti..hehe

9. Kalau parking menunggu tu, off enjin

10. Berkongsi kereta (jimat kos)...jangan ingat nak free jak..


11. Naik motor (4 lejang)..macam aku..beli motor senang..

12. Naik Basikal (boleh menyihatkan badan)tapi sik larat la

13. Senang cerita..Naik pengangkutan awam..duduk belakang jadi bos..driver dah tentu ada..


14. Guna tayar kereta yang low profile dan ada special rubber compound (Grip tinggi rintangan kurang)
 15. Pakai rim tayar biasa dah la, mun nak pakai sport rim biar sesuai dgn kereta (dapat pakai macam rim motor lagi bagus - ringan maa... macam kereta klasik)

16. Isi minyak kat stesen minyak yang pakai meter analog

17. Tingkatkan tahap kecekapan pembakaran engin, kalau kereta biasa - 80% daripada campuran bahan api dibakar dgn sempurna. Kalau nak tingkatkan ke 90% pakai high frequency converter dlm sistem spark plug seperti Stromberg ataupun pakai special magnet pada talian minyak (Dah terbukti !!!)

18. Isi minyak slow-slow masa kat stesen minyak. Isi minyak sambil minum kopi dan borak-borak..paling bagus masa hari hujan..minyak sejuk..isi mampat..


19. Elakkan jalan berbatu dan tanah merah..beringgut dan merosakkan kereta kita


20. Gunakan engin Hybrid (gas-electric)...mun da duit lebih boleh la

21. Guna engin Electric (pakai bateri)..bukan bateri AAA ok..

22. Gunakan tenaga solar
 23. Kurangkan penggunaan air-con,mun panas make kipas tangan..

24. Kalau kat highway tu, cucuk angin kereta lain (follow belakang kereta lain utk kurangkan daya tolakan angin (Di sarankan cucuk angin kereta yg power sahaja seperti Mercedes, BMW, EVO )..mun keta sik power..lejuk nyawa kita belakang
 25. Buang Catalytic converter pada system ekzos dan ganti dgn free flow center bullet (Tapi sebelum buat pastikan tahap kecekapan pembakaran engin anda ditingkatkan, mun sik banyak asap keluar geng)

26. Ganti ekzos belakang dgn free flow ekzos (Kalu takut bising, cari yg brand baik punyeee, mesti marii)..jangan ekzos buluh..hehehe
27. Loweredkan kereta anda
 28. Pakaikan kereta anda skirt labuh tapi jangan cecah jalan dah la. Ini bertujuan untuk kurangkan rintangan angin, tapi skirt tampal tak main sebab takut angin tembus
 29. Kalau nak pergi kedai kat rumah tu, jalan kaki lagi bagus, boleh exercise
 30. Cari tempat kerja dekat dgn rumah, kalau dapat tidur,makan,berak,mandi kat office lagi best.

31. Petrol mudah terpeluwap, jadi kalau nak isi minyak isi time pagi atau waktu sejuk dan kalau dapat parking tempat redup lagi best. Cuba kitak orang berjemur.. masak sik.
32. Kalau nak isi petrol kat stesen minyak pastikan isi penuh, tak payah nak ulang alik cari stesen minyak

33. Jangan bawak banyak barang. Kalau boleh bawak yg perlu sahaja. Penggunaan minyak bergantung kepada weight/power ratio - power kereta dah fix, bila berat bertambah - nisbah meningkat dan penggunaan minyak pun meningkat. Lagi satu, cuba-cubalah kuruskan badan tu sikit dan turunkan perut tu....kah!kah!..terasa u..

34. Tinted cermin kereta anda (Semua cermin). Lagi kurang cahaya matahari masuk, lagi bagus (cthnya gold dust 95% block heat) sebab ia berkaitan dgn penggunaan air-con dan emosi anda. Contohnya, kalau air-con kurang guna atau guna pada tahap minimum, minyak pun save dan anda pun kurang terbakar atau kurang nak marah sebab ada kajian menunjukkan cuaca panas akan meningkat tahap kebrutalan seseorang itu. Bila dah 'panas' mula la jadi samseng jalan raya
 35. Terdapat juga teknologi baru dimana kadar ketembusan cahaya pada cermin kereta anda boleh diubahsuai (Kat negara kita belum dikomersialkan) menggunakan tenaga elektrik drp bateri anda. Bila nak parking - gelapkan cermin kereta, bila nak drive cerahkan balik.



36. Gantikan Air filter kereta anda dengan filter K&N sebab filter K&N diperbuat daripada gentian kapas dimana kadar aliran udara adalah lebih tinggi daripada filter biasa yg diperbuat dari kertas dan mudah tersumbat
 37. Boleh cuba pakai micro-compressor (www.micro-compressor.com) atau Air Injector (www.air-injector.com)

38. Kalau nak pergi kerja tu, keluar la awal sikit, takde la terkejar-kejar. Rilek je drive dan tak sakit kepala.
 39. Perbanyakkan stesen Petronas
 40. Pasang intercooler pada enjin anda (bila suhu enjin diturunkan, power meningkat dan boleh save minyak)


Try la kita orang..tip yang aku dapat dari internet..sik ingat aku nya pun link..sori penulis asal..aku saja jak nak nyebar benda berfaedah

Friday, April 8, 2011

Kempen Pilihanraya






Hari ini 8 April 2011...sudah 3 hari tempoh berkempen antara calon-calon pilihanraya negeri Sarawak 2011..bermacam-macam perangai dan tingkah laku dilihat antara penyokong-penyokong calon yang bertanding..bagi kawasan N.5 Demak Laut berlakunya pertembungan dua penjuru antara calon Barisan Nasional dan Parti Keadilan Rakyat..Kedua-dua parti meletakkan calon yang saya rasa seimbang dari segi sokongan masyarakat..walaupun dilihat..calon PKR kelihatan agak tewas dari segi keagresifan berkempen..bagi kampung Bako khususnya jumlah lambang dan pengerakkan jentera pilihanraya dilihat agak jauh ketinggalan berbanding Barisan Nasional...





Jentera pilihanraya Barisan Nasional dilihat lebih  kukuh dan agresif..aku secara peribadi melihat keadaan ini sebagai sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh Jentera Barisan Nasional...kebanyakkan penduduk kampung terutamanya yang tidak terlibat dengan parti tetapi pada masa yang sama mempunyai kuasa untuk mengundi akan memilih kepada pihak pembangkang...hal ini kerana situasi sekarang boleh menimbulkan undi simpati memandangkan calon PKR adalah seorang anak jati kampung Bako...justeru, jentera BN perlu dilihat supaya lebih merendah diri berbanding menunjuk-nunjuk kelebihan yang dimiliki...lagak dan gaya elit jentera BN akan memakan diri memandang ada suara-suara yang mulai keluar dari mulut penduduk mengenai sesetengah individu dalam jentera BN...kita tidak mahu pisang berbuah dua kali seperti yang berlaku di semenanjung dimana...UMNO tewas teruk kerana rakyat kecewa dengan pemimpin yang berlagak elit dan berstatus quo..

Bagi aku untuk jadi seorang pemimpin perlu ada sifat jujur, amanah dan merendah diri...seorang pemimpin bukan sahaja perlu mempunyai keupayaan untuk memimpin tetapi juga mempunyai kesanggupan untuk dipimpin..







Semoga Demak Laut mempunyai pemimpin yang sebaiknya demi kemajuan dan kesinambungan pembangunan Demak Laut pada masa depan

Sunday, March 20, 2011

Pembubaran DUN Sarawak dan Datuk Dr Abang Abdul Rauf bin Abang Hj Zen

Hari ini 21 Mac 2011...berita yang cukup mencemaskan bagi Yang Berhormat di dalam negeri Sarawak..DUN telah dibubarkan dan pilihanraya negeri akan dilaksanakan pada masa terdekat...bercakap tentang pembubaran DUN aku teringat dengan perjumpaan aku dengan wakil rakyat Demak Laut...YB Datuk Dr Abg Abdul Rauf Abg Zen minggu lepas...beliau memaklumkan kepada aku yang beliau tidak akan bertanding pada pilihanraya kali ini...beliau akan mengundur diri dan memberi peluang kepada calon-calon muda yang lebih layak...

Bercakap tentang YB Datuk Dr Abg Rauf ini..aku rasa inilah YB yang betul-betul berjiwa rakyat yang pernah aku kenali...sehinggakan aku sanggup meletakkan beliau sebagai idola aku dalam politik...bukan soal mengampu..tapi penghormatan yang cukup tinggi yang aku berikan kepada beliau...YB Datuk telah mengubah aku daripada seorang yang terlalu berpandangan serong atau syak wasangka kepada ahli politik kepada seorang yang lebih terbuka dan bertolak ansur dalam politik...sebelum ini pandangan aku kepada seorang ahli politik sebagai seorang yang kotor dan jijik..tapi perkenalan aku dengan YB Datuk telah mengubah sudut pandangan tersebut...sifat rendah diri dan kesanggupannya bercampur gaul dengan masyarakat bawahan amat aku pandang tinggi...malah lebih mengembirakan aku...beliau sudi datang ke majlis pernikahan aku pada satu ketika dahulu...

benarlah kata orang tak kenal maka tak cinta. bukan cinta tapi penghormatan dan kekaguman aku kepada diri beliau...aku mula terlibat dalam politik walaupun tidak seserius orang lain...malah turut terlintas dihati aku untuk jadi seperti beliau bagi membela masyarakat pada masa yang sama mengekalkan sifat jujur dan amanah...