Friday, April 8, 2011

Kempen Pilihanraya






Hari ini 8 April 2011...sudah 3 hari tempoh berkempen antara calon-calon pilihanraya negeri Sarawak 2011..bermacam-macam perangai dan tingkah laku dilihat antara penyokong-penyokong calon yang bertanding..bagi kawasan N.5 Demak Laut berlakunya pertembungan dua penjuru antara calon Barisan Nasional dan Parti Keadilan Rakyat..Kedua-dua parti meletakkan calon yang saya rasa seimbang dari segi sokongan masyarakat..walaupun dilihat..calon PKR kelihatan agak tewas dari segi keagresifan berkempen..bagi kampung Bako khususnya jumlah lambang dan pengerakkan jentera pilihanraya dilihat agak jauh ketinggalan berbanding Barisan Nasional...





Jentera pilihanraya Barisan Nasional dilihat lebih  kukuh dan agresif..aku secara peribadi melihat keadaan ini sebagai sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh Jentera Barisan Nasional...kebanyakkan penduduk kampung terutamanya yang tidak terlibat dengan parti tetapi pada masa yang sama mempunyai kuasa untuk mengundi akan memilih kepada pihak pembangkang...hal ini kerana situasi sekarang boleh menimbulkan undi simpati memandangkan calon PKR adalah seorang anak jati kampung Bako...justeru, jentera BN perlu dilihat supaya lebih merendah diri berbanding menunjuk-nunjuk kelebihan yang dimiliki...lagak dan gaya elit jentera BN akan memakan diri memandang ada suara-suara yang mulai keluar dari mulut penduduk mengenai sesetengah individu dalam jentera BN...kita tidak mahu pisang berbuah dua kali seperti yang berlaku di semenanjung dimana...UMNO tewas teruk kerana rakyat kecewa dengan pemimpin yang berlagak elit dan berstatus quo..

Bagi aku untuk jadi seorang pemimpin perlu ada sifat jujur, amanah dan merendah diri...seorang pemimpin bukan sahaja perlu mempunyai keupayaan untuk memimpin tetapi juga mempunyai kesanggupan untuk dipimpin..







Semoga Demak Laut mempunyai pemimpin yang sebaiknya demi kemajuan dan kesinambungan pembangunan Demak Laut pada masa depan

No comments:

Post a Comment