Sunday, November 28, 2010

Syukur Alhamdulillah

Assalamualaikum..

Hari ke 8 di Kuala Lumpur...kursus selama sebulan..sungguh memenatkan..aku rindu Sarawak..rindu emakku..rindu adik-adikku..rindu kakakku..rindu kampungku..rindu QAR 4834..rindu QAB 5210..rindu QAU9404..dan rindu serindu-rindunya akan isteriku yang tersayang..si comel cikgu Salamah Bt Ismail...I LOVE U Sayang..I Love U All...
Hari ini aku lepak seharian dalam bilik..kepak kata orang Serawak..semalam aku jalan pusing Bandaraya Kuala Lumpur sama kawan-kawan Sabahan..hampir pukul 12.00 malam baru balik ke British Malaysia Institute tempat aku menginap selama sebulan aku berkursus dekat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)..kepak bos..nang kepak-kepak benar-benar..rasa nak tanggal palak lututku..si Leo budak Sabah ya madah aku sudah kurang 5 kg...hahahaha...:)

Lama sudah aku tak ronda-ronda KL..aku pergi Times Square..aku pergi Bukit Bintang..jalan-jalan window shoping di Sungei Wang..Isetan..Pavilion..pergi pasar malam Mesjid India..sempat juak ku meli beg sangkut pake laptop...murah oi..RM 45 jak..lepas bertawar-tawar..mun di Kuching maok juak RM80 ke RM90...hehehehe...aku pergi ke KLCC..sempat aku jumpa adik iparku untuk ambil barang darinya..di KLCC banyak dah berubah berbanding 6 tahun yang lalu semasa aku masih lagi menuntut di Universiti Malaya...bila aku lihat parking depan masjid As-Syakirin ya...teringat aku masa belajar dulu..disitulah aku bekerja dan berniaga setiap hujung minggu bagi menampung perbelanjaanku sepanjang aku menuntut di UM dulu...Caom..abang Naza..Abang Rambo..Orang kampung...semua kami orang macam satu keluarga..riuh-rendah dengan suara masing-masing merebut pelanggan bagi membeli jualan kami..burger..hot dog..kacang..air..nugget..keropok lekor...macam-macam ada...banyak kenangan manis masa itu..masing-masing dengan perwatakannya..

Rindu rasanya bila teringat suka duka masa tersebut..saat paling indah bila pihak bandaraya DBKL datang..habis barang diangkut...berterabur jak barang bila dikepong oleh sidak ya...pernah aku lari nyurung troli sampe atas taman dikepong bandaraya...nang thrill masa ya...salut u Caom..bos aku..tapi aku dah sikda konteknya lagik..huhuhu :(

Semalam aku lihat tapak tempak kami berniaga kosong...sunyi sepi..tidak semeriah dahulu..kali terakhir aku dapat khabar dari Abang Rambo yang kebetulan aku jumpa sewaktu aku ke Kuala Lumpur tahun 2009 mengatakan semua peniaga di KLCC telah mencari haluan masing-masing kerana pihak KLCC dan bandaraya telah bertindak tegas...rindu aku akan semua keriuhan pada ketika itu...tapi apa boleh buat...setiap yang datang akan pergi...

Alhamdulillah..tahniah kepada adik ku Noraya Fitri bt Morshidi..kerana berjaya ditawarkan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama di UNIMAS dan UITM, Shah Alam..wow..2 offer sekali..masuk Unimas jak lah..sik jauh abang ngantar...hehehehe...semoga kejayaan mu menjadi ikutan kepada adik yang bongsu kita...

Ingat Nazrie..belajar benar..ekot macam kak Pit..hehehe..Semoga ikatan kekeluargaan kita terus kukuh hingga ke akhirnya...Nothing Else to say..just gud nite..




Maraming Salamat (FILIPINO)hehehe :)

Fikir-fikirkan la..

Setiap hari aku dibebankan oleh penggunaan minyak..Perjalanan pergi balik kerja aku dari Bandar Kuching ke Samarahan lebih kurang 140 KM menyekan kadang-kadang sesak juga pada hujung bulan. Tadi aku terjumpa satu artikel kat http://www.tranungkite.com/. Terfikir juga aku bila baca artikel ni. Korang bacalah sendiri dan lu fikirla sendiri kata nabil..


Rakyat Malaysia membayar petrol sebanyak RM2.70 seliter, lebih murah berbanding rakyat Singapore yang membayar sebanyak RM5.20 seliter.

Ironinya, pendapatan perkapita Malaysian ialah USD5000 manakala pendapatan perkapita Singaporean ialah USD25000
Harga petrol di Thailand ialah RM3.90 seliter, tetapi adakah kita sedar bahawa harga kereta di Thailand lebih murah RM10,000 berbanding kereta di Malaysia? Rakyat Thailand hanya membayar lesen memandu sekali seumur hidup. Tidak ada kos memperbaharui lesen memandu. Begitu juga dengan cukai jalan. Kita juga terlupa bahawa memandu di lebuh raya enam lines dari Hatyai ke Bangkok adalah percuma tanpa sebarang tol!
Apa yang kita rakyat Malaysia perlu bayar ialah: kos memperbaharui lesen memandu setiap satu, dua atau tiga tahun; cukai jalan setiap setahun atau enam bulan; dan juga tol setiap hari (atau setiap 5km)

Sering diulang bahawa rakyat Singapura membayar RM5.20 untuk seliter minyak. Kenapa kita tidak menyatakan harga dalam Singapore Dollar SGD kerana gaji mereka di dalam SGD dan bukannya MYR. Kenapa mereka tidak kata orang Perancis membayar RM12 untuk seliter minyak? RM5.20 = 2.20SGD, masih lebih murah berbanding Malaysia jika difikir bahawa Singapura bukannya Negara pengeluar minyak!

Mungkin ada menteri yang berfikir bahawa kalau kita berada di Singapura, kita boleh membayar petrol dengan Ringgit Malaysia. Mungkin mereka pernah mengisi RM100 petrol di Singapura dan mendapat 19.23 liter seterusnya mengatakan bahawa kalau mereka mengisi di Malaysia, mereka akan mendapat 37.04 liter!

Di dalam ekonomi, Dollar harus dibandingkan dengan Dollar. Ianya ibarat kita membandingkan Epal dengan Epal. Dan bukannya membandingkan bahawa buah Durian di Malaysia jauh lebih murah berbanding Durian di Jepun. Yang jelasnya, Jepun bukannya pengeluar buah Durian!

Kalau kita perhatikan, harga Toyota Vios adalah RM89,000..

Di pasaran antarabangsa, harga Toyota Vios ialah USD19,000.

USD19,000 = RM62,700. Ini bermakna pemilik Vios membayar lebihan RM26,300. Kos RM26,300 ini ialah kos operasi, keuntungan tambahan dan cukai kerana kos mengeluarkan sebiji Toyota Vios adalah USD19,000.

RM26,300 / RM625 rebate petrol setiap tahun bermaksud kita menggunakan Vios selama 42.08 tahun.

Kita faham bahawa kerajaan memberi rebate sebanyak RM625 setahun (2009), tapi ianya juga bermakna bahawa seseorang perlu menggunakan Vios selama 42.08 tahun bagi mendapat kos sama yang dibayar untuk cukai kerana menggunakan kereta bukan Nasional.
Adakah kita akan menggunakan kereta yang sama untuk 42 tahun?

Dan sekarang, apabila anda melihat nombor-nombor di atas, adakah ialah adalah subsidi atau penalty? Ianya adalah peningkatan kos, bukan sahaja kos untuk memiliki kereta, malah kos untuk mengerakkan kereta. Harga Coca-Cola 1.5 liter ialah RM3, manakala harga minyak untuk 1.5liter adalah RM4.05.. Jelas bahawa kereta kita lebih banyak minum berbanding kita sendiri!

Cukai kereta adalah keuntungan untuk kerajaan. Penjualan petrol adalah keuntungan Petronas (GLC) yang juga ditafsirkan sebagai keuntungan kerajaan. Kerajaan mungkin cuba mengubah tanggapan kita dengan memaksa kita memerhati kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Ramai di antara kita tertipu, tapi kalau anda berfikir ketika membaca artikel ini, apa yang kita baca di media utama adalah sekadar racun.

Kita sedar bahawa kos minyak di harga antarabangsa ialah USD130 setong. Kita sedar bahawa harga minyak dunia naik setiap hari. Persoalannya, kenapa saintis antarabangsa masih bertentangan pendapat dengan kenaikan harga minyak? Ramai menyalahkan Bush dan kumpulannya di seluruh dunia, ramai menyalahkan perubahan cuaca dunia, dan ada yang menyatakan bahawa perigi minyak semakin mengurang hasilnya.Rakyat Malaysia membayar petrol sebanyak RM2.70 seliter, lebih murah berbanding rakyat Singapore yang membayar sebanyak RM5.20 seliter.
Ironinya, pendapatan perkapita Malaysian ialah USD5000 manakala pendapatan perkapita Singaporean ialah USD25000
Harga petrol di Thailand ialah RM3.90 seliter, tetapi adakah kita sedar bahawa harga kereta di Thailand lebih murah RM10,000 berbanding kereta di Malaysia? Rakyat Thailand hanya membayar lesen memandu sekali seumur hidup. Tidak ada kos memperbaharui lesen memandu. Begitu juga dengan cukai jalan. Kita juga terlupa bahawa memandu di lebuh raya enam lines dari Hatyai ke Bangkok adalah percuma tanpa sebarang tol!


Apa yang kita rakyat Malaysia perlu bayar ialah: kos memperbaharui lesen memandu setiap satu, dua atau tiga tahun; cukai jalan setiap setahun atau enam bulan; dan juga tol setiap hari (atau setiap 5 KM)
Sering diulang bahawa rakyat Singapura membayar RM5.20 untuk seliter minyak. Kenapa kita tidak menyatakan harga dalam Singapore Dollar SGD kerana gaji mereka di dalam SGD dan bukannya MYR. Kenapa mereka tidak kata orang Perancis membayar RM12 untuk seliter minyak? RM5.20 = 2.20SGD, masih lebih murah berbanding Malaysia jika difikir bahawa Singapura bukannya Negara pengeluar minyak!

Mungkin ada menteri yang berfikir bahawa kalau kita berada di Singapura, kita boleh membayar petrol dengan Ringgit Malaysia. Mungkin mereka pernah mengisi RM100 petrol di Singapura dan mendapat 19.23 liter seterusnya mengatakan bahawa kalau mereka mengisi di Malaysia, mereka akan mendapat 37.04 liter!

Di dalam ekonomi, Dollar harus dibandingkan dengan Dollar. Ianya ibarat kita membandingkan Epal dengan Epal. Dan bukannya membandingkan bahawa buah Durian di Malaysia jauh lebih murah berbanding Durian di Jepun. Yang jelasnya, Jepun bukannya pengeluar buah Durian!
Perhatikan harga jualan petrol di Negara pengeluar petrol:
Kalau kita perhatikan, harga Toyota Vios adalah RM89,000.
Di pasaran antarabangsa, harga Toyota Vios ialah USD19,000.
USD19,000 = RM62,700. Ini bermakna pemilik Vios membayar lebihan RM26,300. Kos RM26,300 ini ialah kos operasi, keuntungan tambahan dan cukai kerana kos mengeluarkan sebiji Toyota Vios adalah USD19,000

RM26,300 / RM625 rebate petrol setiap tahun bermaksud kita menggunakan Vios selama 42.08 tahun.
Kita faham bahawa kerajaan memberi rebate sebanyak RM625 setahun, tapi ianya juga bermakna bahawa seseorang perlu menggunakan Vios selama 42.08 tahun bagi mendapat kos sama yang dibayar untuk cukai kerana menggunakan kereta bukan Nasional.
Adakah kita akan menggunakan kereta yang sama untuk 42 tahun?
Dan sekarang, apabila anda melihat nombor-nombor di atas, adakah ialah adalah subsidi atau penalty? Ianya adalah peningkatan kos, bukan sahaja kos untuk memiliki kereta, malah kos untuk mengerakkan kereta. Harga Coca-Cola 1.5 liter ialah RM3, manakala harga minyak untuk 1.5liter adalah RM4.05.. Jelas bahawa kereta kita lebih banyak minum berbanding kita sendiri!
Cukai kereta adalah keuntungan untuk kerajaan. Penjualan petrol adalah keuntungan Petronas (GLC) yang juga ditafsirkan sebagai keuntungan kerajaan. Kerajaan mungkin cuba mengubah tanggapan kita dengan memaksa kita memerhati kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Ramai di antara kita tertipu, tapi kalau anda berfikir ketika membaca artikel ini, apa yang kita baca di media utama adalah sekadar racun.
Kita sedar bahawa kos minyak di harga antarabangsa ialah USD130 setong. Kita sedar bahawa harga minyak dunia naik setiap hari. Persoalannya, kenapa saintis antarabangsa masih bertentangan pendapat dengan kenaikan harga minyak? Ramai menyalahkan Bush dan kumpulannya di seluruh dunia, ramai menyalahkan perubahan cuaca dunia, dan ada yang menyatakan bahawa perigi minyak semakin mengurang hasilnya.
Supaya lebih jelas, kita ringkaskan dengan angka.

1 tong = 159 liter x RM2.70/liter = RM429 ataupun USD134
Kita disogok bahawa kita membayar sepenuhnya harga minyak. Mungkin kita tidak sedar bahawa setong minyak mentah hanya menghasilkan 46% petrol.

1 tong minyak mentah = 46% petrol (atau separuh).
Maka,
2 tong minyak mentah = menghasilkan 1 tong petrol.
Dengan kata lain, setiap kali kita menjual dua tong minyak mentah, kita akan membeli balik satu tong petrol. Malaysia menjual 2 tong minyak mentah pada harga USD130 setong dan membeli balik petrol pada harga USD134 setong
Secara teknikalnya,
Malaysia menjual 2 tong minyak mentah pada harga USD130 setong = USD260 = RM858
Malaysia membeli balik 1 tong petrol pada harga USD134 = RM442 setong
Kita mendapat lebihan USD126 = RM416 setiap 2 tong yang dijual dengan cara mengeksport vs mengimport satu tong petrol.
Maka, kita mungkin baru tersedar bahawa kerajaan kita membuat keuntungan sebanyak USD126 untuk setiap tong yang kita import. (Nilai ini adalah nilai kasar tanpa mengira kos import/eksport dan lain-lain kos)
Analisis lain:

1 tong minyak mentah = 159 liter

46% daripada tong minyak mentah = petrol yang kita guna untuk kereta kita.

46% dari 159 liter = 73.14 liter
73.14liter x RM2.70 seliter = RM197.48 petrol setong berdasarkan setong minyak mentah. Ini baru 46% dari satu tong. Berdasarkan USD1 = RM3.30, kita akan tahu bahawa setong minyak mentah menghasilkan petrol bernilai USD59.84 (46% dari setong)

USD59.84 dari USD130 setong tetap juga menghasilkan 46% dari satu tong.

Baki 54% adalah bitumen, kerosene, gas asli, gas natural dan lain lain. Baki USD70.16 tidak diambil kira.
 Persoalannya, di manakah perlunya subsidi jika kita hanya membayar 46% dari setong minyak, dan hanya 46% dari setong itu yang digunakan? BUkankah ianya bermaksud kita sudah membayar pada harga penuh sejak sekian lama?
Sebenarnya, kita akan tetap membayar untuk semua ini kerana mereka masih mengenakan bayaran dengan cara mewujudkan fuel surcharge oleh syarikat penerbangan, kita tetap menbayar cukai jalan untuk membina jalan (dan plaza tol) kerana jalan dibina dari tar dan bitumen, dan lain lain bayaran yang sememangnya gagal ditulis di dalam kertas.
Setiap kali saya memberitahu pelanggan bahawa kos melancong meningkat disebabkan kenaikkan harga petrol, saya bernasib baik kerana mereka tidak berfikir seperti saya. Bayangkan kalau tetiba pelanggan bertanyakan apakah kaitan dengan kenaikan petrol dengan kenaikan harga tiket kapal terbang kerana kapal terbang menggunakan kerosene.
 Dan sekarang, ahli politik yang tinggal di Putrajaya perlu ke Parlimen beberapa hari seminggu, sejauh 60km sehala, dan seterusnya mendapat ‘ganti rugi’ untuk kos petrol dan tol mereka daripada cukai yang rakyat bayar.

Betapa kelakarnya apabila kerajaan mengumumkan pembahagian rebate sebanyak RM625 untuk setiap kereta di bawah 2000cc. Ironinya, seorang kerani yang memandu Iswara berharga RM10k akan mendapat RM625 setahun sedangkan anak manja menteri yang memandu Satria Neo, Swift, Jazz, Civic 1.8, dan 6 kereta lain lagi yang kesemuanya bernilai RM2juta tetapi tetap di bawah 2000cc akan mendapat RM6250 setahun.
Adakah konsep Subsidi kita adalah tepat?
Kenaikkan 40% harga petrol meningkat kos petrol saya sebanyak RM245 sebulan, tanpa mengambil kira 99% barangan kegunaan harian yang juga meningkat sebanyak 40%. Mungkinkah perlu MinHomestay dinaikkan harga kepada RM60 semalaman sedangkan petrol tidak digunakan dengan alasan Tuan Rumah juga membeli petrol?
Adakah ianya juga bermaksud bahawa pendapatan Perkapita rakyat Malaysia dan pendapatan bulanan perlu dinaikkan 40% supaya
Kita diberitahu bahawa kerajaan cuba membantu rakyat dengan memberi subsidi. Dan apa yang mereka lakukan sebelum ini menyebabkan kerajaan terpaksa memberi subsidi RM56billion setahun.

Fikirkan:

Abu ialah seorang nelayan. Dia menangkap ikan di tepi sungai menggunakan jala dan menjual ikan tersebut pada harga RM10 sedangkan harga pasaran ialah RM15. Katanya kosnya ialah 0, kemudian Abu menjual kepada anda sambil mengatakan bahawa harga sebenar ialah RM15, dia memberi subsidi RM5 dan akhirnya di rugi RM5.


Persoalannya, adakah Abu mendapat untung sebanyak RM10 atau rugi sebanyak RM5 yang dianggapnya sebagai subsidi?
 Jawapannya:

Adakah Kerajaan menaikan harga petrol sekadar untuk mengekalkan keuntungan satu pihak?

Mencari Ilham..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani..

Orang kata "Bukan senang mahu senang, bukan susah mahu susah"..betullah..nak senang memang bukan senang, terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan..seorang yang berjaya perlu bekerja keras kerana kejayaan tidak akan datang bergolek..nak susah pun bukannya susah..teruskan dengan sikap leka dan pemalas nescaya susahlah kita..

Inilah dilemma yang sedang saya hadapi sekarang..sebelum mengambil keputusan untuk penulisan blog ini, begitu bersemangat sekali..tapi sekarang dah beberapa hari selepas saya mengambil keputusan untuk menulis blog dan sudah beberapa hari sejak entry pertama saya keluar..langsung tidak terpancar satu pun idea-idea yang saya rasa boleh saya coretkan disini..hai..pening kepalaku, samaada nak meneruskan atau tidak penulisan blog ini...malam ini saya merasakan perlunya saya memulakan sesuatu..

Mengambil kata-kata pujangga "setiap kejayan bermula dengan langkah pertama"...Tidak akan ada langkah ke sejuta kalau tidak dimulakan dengan langkah pertama..Langkah pertama bermakna langkah untuk memulakan sesuatu..seorang itu tidak akan berjaya jika takut untuk memulakan sesuatu..dan petang ini aku cuba untuk mencoretkan sesuatu disini..harap-harap datang ilham ku..
Sebelum ini, saya menganggap begitu mudah untuk menulis atau meluahkan sesuatu menerusi mata pena..sekarang barulah saya mengerti betapa sukarnya untuk mencari ilham dalam penulisan..langkah pertama adalah sesuatu yang paling sukar sekali untuk dimulakan...entahlah..

Semoga aku diberikan Ilham dan ilmu dari Allah S.W.T..

Amin