Tuesday, December 7, 2010

Aduhhh!!!!!!!!! kaki ku sakit..Gouttttttt!!!!

Hari ini hari Rabu, ada 15 hari lagi sebelum aku balik ke Kuching...hari ini aku cuti..semalam kaki ku rasa sakit sekali..gouttt..so hari ini aku mintak MC..seumur hidup aku tak pernah mintak MC...huhuhu..pagi tadi kaki aku berdenyut-denyut sakitnya.. confirm gout..huhuhu..ni pasal aku makan kacang la semalam..member-member dalam kelas bawak kacang..so aku pun makan sekali...selalunya aku pantang makan daging atau kacang...

Tension aku, bila doktor cakap tekanan darah aku agak tinggi jugak..dia sarankan aku makan ubat, kurangkan makanan masin..adeh-adeh makan nasik putih jak rupa gaya aku...kena diet lah nampaknya aku sekarang ni...memang sekarang ini aku tak pernah jaga makan...makan kuat...tak kira makanan berlemak ke tak berlemak...sukan malas...tido ajak kerja...aku rasa semua penyakit kat arwah bapak aku semua ada kat aku...aduss!!!..dahlah nak pergi klinik jauh...kereta member aku yang aku selalu tumpang pergi kelas dari BMI ke UIA pulak dekat luar gate...aku pulak duduk kat bilik tingkat 4...terhincut-hincut pulak bila berjalan...nasib baik aku mintak tolong satu brader ni...Ustad Md Yusof Ibrahim, orang Kelantan, fasih cakap Sarawak sebab lama duduk Sarawak...pasal dulu dia kerja dengan JAKIM kat Kuching dan isteri dia pulak mengajar kat IKM Kuching...tapi sekarang dah transfer kat Melaka...dia pun dah kerja MARA sama macam aku ni...dia bawak kereta sampai masuk dalam BMI pasal dia ada sticker...macam mana dia dapat sticker akupun tak tau...dia yang tolong hantarkan aku ke klinik kat UIA...kemudian dia hantar pulak aku balik bilik...memang baiklah brader ni...terima kasih banyak-banyak ustad...jasamu dikenang...semoga Allah memberkati hidup kitak dan keluarga kitak Ustad..

So, sekarang aku terperap kat dalam bilik...dapat MC sehari saja...harap-harap kaki aku tak buat hal pulak besok...doktor tak galakkan sangat makan pil gout ni sebenarnya...doktor kata takut timbul penyakit lain kalau kita amalkan makan pain killer...jadi lepas ini aku nak tidur rehatkan badan....moga-moga kaki aku cepat sembuh...kalau tak teruk aku nak pergi kelas besok..tiada apa lagi nak aku tulis...kassigment minggu ni nak presentation...Adussssss!!!!!!buntu rasanya...jadi, sebelum aku out aku nak ucap selamat tahun baru Hijrah la kepada semua ahli keluarga, isteri, sahabat handai, jauh dan dekat, tua dan muda dan semua muslimin dan muslimat...semoga tahun ini amalan kita dapat ditingkatkan dan mendapat keredhaan dari Allah S.W.T, mencapai apa yang dihajati dan beroleh kebahagian didunia dan akhirat...AMIN...

Oklah...Assalamualaikum dan babai...peace no war!!! kata Wahed dalam Melodi...hehehehehe :)

nyapadu

Monday, December 6, 2010

Profesor Dato Dr Muhammad Raduan Mohd Ariff

Hari ini, ada tinggal 18 hari saja lagi aku berkursus di Kuala Lumpur ini...boring gilak-gilak rasa nyawa...nothing to do kata orang puteh...aku nak pergi jalan-jalan ke bandaraya Kuala Lumpur rasa malas...jadi aku terperap dalam bilik...jam dah pukul 2.00 petang...tiba-tiba handphone aku berbunyi...Alhamdullilah..sahabat lama aku di Kuala Lumpur telefon...Profesor aku semasa menuntut kat Universiti Malaya telefon aku...dia plan nak ambil aku ajak minum sambil borak-borak...cantik...dah berbunyi perut aku kelaparan...bolehlah aku mengenyangkan perut yang asyik berbunyi ni...


Aku terus turun ke gate tempat pak guard...tak lama kemudian datanglah prof aku dengan kereta Volvo lamanya...lama dah aku tak jumpa orang tua ni..dah dua tahun rasanya...itupun masa beliau pergi ke Kuching pergi carik aku kat kampung...steady la orang tua ni...satu yang aku respect kat orang tua ni ialah sifatnya yang kelakar dan merendah diri...walaupun dah dapat title Dato dari sultan Perak tapi beliau masih macam tu jugak..cayalah Prof...hehehehe

Kali ni aku nak cerita pasal kawan aku si prof ni...orangnya tinggi...besar...kelakar dan baik hati...umur dia baya-baya arwah bapa aku...pertama kali aku kenal dengan beliau masa minggu pertama aku mula sampai kat Universiti Malaya...masa tu aku lepak kat tangga dengan dua orang member aku...sorang budak selangor dan sorang budak kelantan...masa tu kita bertiga tengah berbincang jabatan mana yang nak dipilih kat fakulti ni...aku masa tu dah membulatkan tekad untuk memilih jabatan Alam Sekitar ataupun Geografi...tiba-tiba kita orang ditegur oleh sorang pak cik ni lah...bila aku ingat-ngat balik pak cik ni yang bagi briefing pagi tadi kat dewan kuliah..tapi aku tak ingat siapa namanya...kemudian dia tanya kami sorang-sorang asal dari mana...bila tiba turn aku...aku jawab la dengan jujurnya yang aku ni dari kampung Bako, Kuching Sarawak...apa lagi dia pun bawa kami ke biliknya dan tunjukkan aku research-research yang dia dah buat kat kampung aku...dia tanya aku macam-macam dan ada soalan yang aku tak boleh jawab tentang kampung aku sendiri...malu oiii...merik malu ngan orang kampung Bako jak...pak cik ni cakap kat universiti ni kena bijak...bukan setakat bijak belajar tapi kena baik dengan pensyarah...pastu di perkenalkan dirinya...Profesor Dr Muhammad Raduan Mohd Ariff...Ketua Jabatan Pengajian Asia Tenggara...punya la seronok dengar cerita dia...akhirnya kita bertiga memilih untuk mengambil kursus Pengajian Asia Tenggara...

                                                                           
Nak cerita punya la baik prof ni...ada satu ketika..masa aku nak hantar tesis aku pada semester keenam...ada seminggu lagi due date nya...dengan tidak disangka-sangka...tesis yang aku buat hilang terkena virus...ya Allah..punya la tension aku...tak graduate lah aku...adoi penin palak pok..setahun aku buat tesis tu..bila dah nak print...tiba-tiba hilang...so aku datang jumpa Prof mintak dia bagi aku tempoh buat semula tesis tu... 3 minggu..itulah tempoh masa yang aku pinta untuk siapkan hasil kerja aku setahun...cuba bayangkan aku terpaksa buat semula...pada masa yang sama aku sibuk dengan ujian akhir..nasib baiklah aku masih simpan draf-draf bab yang dah disemak...aku taip semula dengan ejaan yang berterabur dan tatabahasa yang entah apa-apa...Alhamdulillah siap juga akhirnya...dan aku dapat A untuk tesis tersebut...peristiwa lucu lepas tu ialah bila ada budak-budak junior yang nak guna tesis aku untuk buat rujukkan...ada yang komplen kat Prof mengapa aku boleh dapat A...rilek saja Prof jawab..."saya bukan cikgu BM nak semak tatabahasa...kajian ini betul dan memang layak dapat A"...kah!kah!kah!..:) lega aku mendengarnya...


Masa kat UM aku terkantoi satu paper..bukan pasal aku malas belajar tetapi, akibat terlalu sibuk berniaga aku terlupa nak pergi final exam...alahai...malangnya nasib aku...kena pulak mengulang paper itu...akibatnya, member-member aku yang satu batch ngan aku graduate dulu dari aku...tinggallah aku kesorangan menjadi pelajar super duper senior...tapi masa inilah aku jadi close ngan Prof aku ni...pastu aku tamat belajar dan balik Kuching...tapi hubungan aku dengan prof masih ok lagi...Prof kalau pergi Kuching, mesti carik aku...sampai pernah sekali dia datang terus kampung aku...terkejut aku...caya la nak...mesti korang sik cayak...



Hari ini aku lepak dengan orang tua ni...macam biasa...aku akan diceramah olehnya...geram betul dia dengan aku...sebab tak buat master lagi...sampai dia  cakap, kalau aku buat master...buat tesis 400 muka surat..dia takkan baca pun dia terus sokong aku dapat lulus...nang benar-benar pecayaknya ngan aku...seperti biasa aku akan senyum dah tersengih...tunggulah prof kalau ada rezekei aku buat lah nanti...memang aku salute la kat orang tua ni...dah jadi dato..perangai tetap maintain...lama juga kita orang sembang...last-last dia ajak aku makan malam sekali dengan family dia....

terima kasih Prof...jasa mu dikenang...hehehehe

Okla...mata dah ngantok..dahlah aku sorang lam bilit...seram juak rasa hati aku...

selamat untuk semua..chow


                                                   

Saturday, December 4, 2010

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Pertama

Allhamdulillah

Hari ini 5 Disember 2010 merupakan hari yang amat penting kepada diri aku kerana merupakan hari ulang tahun perkahwinan pertama antara aku dengan isteriku Salamah bt Ismail.....semoga semua pengalaman setahun jagung ini dapat memberi kekuatan kepada aku untuk menjadi seorang suami yang lebih baik...


Sebelum ini aku selalu percaya setiap seorang sudah ditakdirkan jodoh masing-masing oleh Allah S.W.T...sebagaimana tuhan telah menjadikan Adam dan Hawa...begitulah juga semua manusia ditakdirkan untuk berpasang-pasangan...Allah S.W.T telah menjadikan Hawa dari tulang rusuk sebelah kiri Adam...selama ini aku tercari-cari siapakah wanita yang sebenarnya dicipta dari tulang rusukku...akhirnya.. aku bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah menemukan aku dengan isteriku...walaupun sebelum ini..ramai wanita yang berjaya menarik perhatianku namun Allah S.W.T lebih mengetahui siapakah wanita yang selayaknya dengan ku...Alhamdulillah aku benar-benar bersyukur di atas jodoh yang di takdirkan kepada aku ini.






Setahun telah berlalu dan banyak asam garam rumah tangga telah aku kecapi...dan aku percaya dengan ungkapan ..."jangan mengharap sesuatu yang lebih dari pasangan kita"... adalah kunci terbaik kebahagian dalam berumah tangga..kata-kata oleh si pujangga..jangan inginkan isteri seperti Balqis...kalau diri tidak sehebat Sulaiman...jangan mengharap isteri secantik Zulaikha...kalau diri tidak sekacak Yusuf...jangan mencari isteri seperti Siti Hajar kalau diri tidak seteguh Ibrahim...jangan mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah...

Firman Allah S.W.T  lebih kurang bermaksud : Wanita yang baik-baik adalah untuk lelaki yang baik-baik dan lelaki yang baik-baik adalah untuk wanita yang baik-baik..(AN-NUR : 26)...jadi terimalah jodoh kita seadanya..kerana Allah lebih mengetahui segalanya..Wallahualam..

Nabi bersabda : wanita secara umumnya dinikahi kerana empat perkara...harta...cantik...keturunan dan agamanya...pilihla agamanya semoga engkau beruntung..

Seperti mana  lirik lagu Indonesia..Walaupun Madonna cantik. Marilyn Monroe juga cantik. Tetapi bagi ku lebih cantik Lamah...hehehehe...


SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN SAYANG...
Semoga ikatan cinta kita kekal selamanya...
I Love U so much Cikgu Salamah Bt Ismail..