Saturday, December 4, 2010

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Pertama

Allhamdulillah

Hari ini 5 Disember 2010 merupakan hari yang amat penting kepada diri aku kerana merupakan hari ulang tahun perkahwinan pertama antara aku dengan isteriku Salamah bt Ismail.....semoga semua pengalaman setahun jagung ini dapat memberi kekuatan kepada aku untuk menjadi seorang suami yang lebih baik...


Sebelum ini aku selalu percaya setiap seorang sudah ditakdirkan jodoh masing-masing oleh Allah S.W.T...sebagaimana tuhan telah menjadikan Adam dan Hawa...begitulah juga semua manusia ditakdirkan untuk berpasang-pasangan...Allah S.W.T telah menjadikan Hawa dari tulang rusuk sebelah kiri Adam...selama ini aku tercari-cari siapakah wanita yang sebenarnya dicipta dari tulang rusukku...akhirnya.. aku bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah menemukan aku dengan isteriku...walaupun sebelum ini..ramai wanita yang berjaya menarik perhatianku namun Allah S.W.T lebih mengetahui siapakah wanita yang selayaknya dengan ku...Alhamdulillah aku benar-benar bersyukur di atas jodoh yang di takdirkan kepada aku ini.






Setahun telah berlalu dan banyak asam garam rumah tangga telah aku kecapi...dan aku percaya dengan ungkapan ..."jangan mengharap sesuatu yang lebih dari pasangan kita"... adalah kunci terbaik kebahagian dalam berumah tangga..kata-kata oleh si pujangga..jangan inginkan isteri seperti Balqis...kalau diri tidak sehebat Sulaiman...jangan mengharap isteri secantik Zulaikha...kalau diri tidak sekacak Yusuf...jangan mencari isteri seperti Siti Hajar kalau diri tidak seteguh Ibrahim...jangan mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah...

Firman Allah S.W.T  lebih kurang bermaksud : Wanita yang baik-baik adalah untuk lelaki yang baik-baik dan lelaki yang baik-baik adalah untuk wanita yang baik-baik..(AN-NUR : 26)...jadi terimalah jodoh kita seadanya..kerana Allah lebih mengetahui segalanya..Wallahualam..

Nabi bersabda : wanita secara umumnya dinikahi kerana empat perkara...harta...cantik...keturunan dan agamanya...pilihla agamanya semoga engkau beruntung..

Seperti mana  lirik lagu Indonesia..Walaupun Madonna cantik. Marilyn Monroe juga cantik. Tetapi bagi ku lebih cantik Lamah...hehehehe...


SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN SAYANG...
Semoga ikatan cinta kita kekal selamanya...
I Love U so much Cikgu Salamah Bt Ismail..


 







 

No comments:

Post a Comment