Tuesday, October 18, 2016

GRED GAJI PEGAWAI KANAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Apa itu JUSA? Mungkin ramai yang tertanya-tanya apabila melihat kereta mewah yang tertulis JUSA A, JUSA B, JUSA C pada nombor platnya. Untuk pengetahuan semua, JUSA adalah singkatan dari perkataan Jawatan Utama Sektor Awam(JUSA).
JUSA terbahagi kepada beberapa kelas iaitu JUSA A, JUSA B dan JUSA C. Setiap kelas atau gred JUSA ini mempunyai gaji pokok dan elaun yang berbeza-beza. JUSA A adalah gred jawatan yang menerima gaji pokok paling tinggi. Untuk penerangan yang lebih jelas lagi lihat senarai di bawah:

JUSA C (Gred Khas C/VK7/VU7)
Gaji Pokok: RM7,189-RM14,587 (Ikut berapa lama pegang jawatan, setiap tahun ada kenaikan)
Elaun Keraian: RM2,500
Elaun Perumahan: RM1,300
Elaun Insentif Khas: RM500
Elaun Pembantu Rumah: RM500
Elaun Tetap Jawatan JUSA: RM1,000
Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM166
Jenis Jawatan: Timbalan Ketua Setiausaha/Pengarah Negeri/Pengarah Bahagian/Setiausaha Bahagian/Professor Universiti Gred Khas C/Pendaftar Universiti JUSA C/Pengetua Cemerlang JUSA C/Timbalan Pendaftar Kehakiman/Doktor Pergigian Gred Khas C/Doktor Perubatan Gred Khas C/Doktor Pakar Gred Khas C/Timbalan Pengarah Hospital Besar/Pengarah Hospital Besar/Timbalan Ketua Polis Negeri/Ketua Polis Negeri/Deputi Komisioner Polis/Brigedier Jeneral Tentera Darat/Laksamana Pertama Tentera Laut/Brigedier Jeneral Tentera Udara dan lain-lain jawatan yang sama taraf dengannya. Layak untuk dianugerahkan gelaran Dato’/Datuk daripada Sultan/Raja/Yang Di-Pertuan Besar/Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan Agong.
Kemudahan: Kenderaan Rasmi (Proton Perdana Eksekutif/Perdana V6/Inspira/Accordana), Petrol Percuma, Pemandu, Telefon Bimbit, Tiket Kapal Terbang Kelas Perniagaan.

JUSA B (Gred Khas B/VK6/VU6)
Gaji Pokok: RM7,788-RM15,900 (Ikut berapa lama pegang jawatan, setiap tahun ada kenaikan)
Elaun Keraian: RM3,050
Elaun Perumahan: RM1,600
Elaun Insentif Khas: RM750
Elaun Pembantu Rumah: RM500
Elaun Tetap Jawatan JUSA: RM1,500
Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM166
Jenis Jawatan: Timbalan Ketua Setiausaha/Ketua Setiausaha/Timbalan Pengarah Kementerian/Timbalan Ketua Pengarah Jabatan/Professor Universiti Gred Khas B(Layak mendapat gelaran Professor Emeritus)/Pendaftar Universiti JUSA B/Timbalan Naib Canselor Universiti JUSA B/Pendaftar Kehakiman/Doktor Pergigian Gred Khas B/Doktor Perubatan Gred Khas B/Doktor Pakar Gred Khas B/Timbalan Pengarah Hospital Besar/Pengarah Hospital Besar/Ketua Polis Negeri/Senior Deputi Komisioner Polis/Mejar Jeneral Tentera Darat/Laksamana Muda Tentera Laut/Mejar Jeneral Tentera Udara dan lain-lain jawatan yang sama taraf dengannya. Layak untuk dianugerahkan gelaran Dato’/Datuk daripada Sultan/Raja/Yang Di-Pertuan Besar/Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan Agong.
Kemudahan: Kenderaan Rasmi (Proton Perdana Eksekutif/Perdana V6/Inspira/Accordana), Petrol Percuma, Pemandu, Telefon Bimbit, Tiket Kapal Terbang Kelas Perniagaan.

JUSA A (Gred Khas A/VK5/VU5)
Gaji Pokok: RM8,465-RM17,331 (Ikut berapa lama pegang jawatan, setiap tahun ada kenaikan)
Elaun Keraian: RM4,000
Elaun Perumahan: RM2,000
Elaun Insentif Khas: RM1,250
Elaun Pembantu Rumah: RM500
Elaun Tetap Jawatan JUSA: RM2,500
Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM166
Jenis Jawatan: Timbalan Ketua Setiausaha/Ketua Setiausaha/Ketua Pengarah Kementerian/Ketua Pengarah Jabatan/Professor Universiti Gred Khas A(Layak mendapat gelaran Professor Emeritus)/Timbalan Naib Canselor Universiti JUSA A/Naib Canselor Universiti JUSA A/Timbalan Rektor Universiti JUSA A/Rektor Universiti JUSA A/Timbalan Ketua Pendaftar Kehakiman/Pengarah Jabatan (Komisioner Polis) Polis Diraja Malaysia/Leftenan Jeneral Tentera Darat/Laksamana Madya Tentera Laut/Leftenan Jeneral Tentera Laut dan lain-lain jawatan yang sama taraf dengannya. Layak untuk dianugerahkan gelaran Dato’/Datuk dan juga gelaran Dato’ Seri/Datuk Seri daripada Sultan/Raja/Yang Di-Pertuan Besar/Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan Agong.
Kemudahan: Kenderaan Rasmi (Proton Perdana Eksekutif/Perdana V6/Inspira/Accordana), Petrol Percuma, Pemandu, Telefon Bimbit, Tiket Kapal Terbang Kelas Perniagaan, Tambang Percuma Ke Luar Negara/Bekalan Air Dan Elektrik Percuma.

Sebagai tambahan, berikut adalah gaji dan elaun bagi jawatan gred TURUS:
TURUS III (Gred Khas TURUS III/VK4/VU4)
Gaji Pokok: RM9,315-RM18,891 (Ikut berapa lama pegang jawatan, setiap tahun ada kenaikan)
Elaun Keraian: RM5000
Elaun Perumahan: RM2500
Elaun Insentif Khas: RM1,500
Elaun Pembantu Rumah: RM1000
Elaun Tetap Jawatan TURUS: RM3000
Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM250
Jenis Jawatan: Ketua Setiausaha/Ketua Pengarah/Professor Ulung Universiti Gred Khas TURUS III (Layak mendapat gelaran Professor Di-Raja)/Naib Canselor Universiti TURUS III/Rektor Universiti Turus III/Ketua Pendaftar Kehakiman/Timbalan Ketua Polis Negara/Jeneral Tentera Darat/Laksamana Tentera Laut/Jeneral Tentera Udara/Ketua Pesuruhjaya SPRM/Ketua Pengarah Kastam Di-Raja/Ketua Hakim Syariee/Akuantan Negara dan lain-lain jawatan yang sama taraf dengannya. Layak untuk dianugerahkan gelaran Dato’/Datuk dan Dato’ Seri/Datuk Seri daripada Sultan/Raja/Yang Di-Pertuan Besar/Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan Agong dan juga layak untuk mendapat gelaran Tan Sri daripada Yang Di-Pertuan Agong. Selepas bersara layak mendapat gelaran Tun daripada Yang Di-Pertuan Agong.
Kemudahan: Kenderaan Rasmi (Proton Perdana Eksekutif/Perdana V6/Inspira/Accordana), Petrol Percuma, Pemandu, Telefon Bimbit, Tiket Kapal Terbang Kelas Perniagaan, Tambang Percuma Ke Luar Negara/Bekalan Air Dan Elektrik Percuma.

TURUS II (Gred Khas TURUS II/VK3/VU3)
Gaji Pokok: RM10,242-RM20,402 (Ikut berapa lama pegang jawatan, setiap tahun ada kenaikan)
Elaun Keraian: RM5,100
Elaun Perumahan: RM2,500
Elaun Insentif Khas: RM1,750
Elaun Pembantu Rumah: RM1,000
Elaun Tetap Jawatan TURUS: RM3,500 
Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM250
Jenis Jawatan: Ketua Setiausaha Kementerian/Ketua Pengarah/Ketua Pengarah Kesihatan/Ketua Audit Negara/Professor Ulung Universiti Gred Khas TURUS II (Layak untuk mendapat gelaran Professor Di-Raja)/Ketua Polis Negara (Inspektor Jeneral Polis)/Panglima Angkatan Tentera (Jeneral/Laksamana)/Timbalan Peguam Negara/Timbalan Ketua Hakim Negara dan lain-lain jawatan yang sama taraf dengannya. Layak untuk dianugerahkan gelaran Dato’/Datuk dan Dato’ Seri/Datuk Seri daripada Sultan/Raja/Yang Di-Pertuan Besar/Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan Agong dan juga layak untuk mendapat gelaran Tan Sri daripada Yang Di-Pertuan Agong. Selepas bersara layak mendapat gelaran Tun daripada Yang Di-Pertuan Agong.
Kemudahan: Kenderaan Rasmi (Proton Perdana Eksekutif/Perdana V6/Inspira/Accordana), Petrol Percuma, Pemandu, Telefon Bimbit, Tiket Kapal Terbang Kelas Perniagaan, Tambang Percuma Ke Luar Negara/Bekalan Air Dan Elektrik Percuma.

TURUS I (Gred Khas TURUS I/VK2/VU2)
Gaji Pokok: RM11,021-RM22,034 (Ikut berapa lama pegang jawatan, setiap tahun ada kenaikan)
Elaun Keraian: RM5,200
Elaun Perumahan: RM2,500
Elaun Insentif Khas: RM2,000
Elaun Pembantu Rumah: RM1,000
Elaun Tetap Jawatan TURUS: RM4,000
Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM250
Jenis Jawatan: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam/Peguam Negara/Ketua Hakim Negara/Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan/Professor Ulung Universiti Gred Khas TURUS I (Layak untuk mendapat gelaran Professor Di-Raja) dan lain-lain jawatan yang sama taraf dengannya. Layak untuk dianugerahkan gelaran Dato’/Datuk dan Dato’ Seri/Datuk Seri daripada Sultan/Raja/Yang Di-Pertuan Besar/Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan Agong dan juga layak untuk mendapat gelaran Tan Sri daripada Yang Di-Pertuan Agong. Selepas bersara layak mendapat gelaran Tun daripada Yang Di-Pertuan Agong.
Kemudahan: Kenderaan Rasmi (Proton Perdana Eksekutif/Perdana V6/Inspira/Accordana), Petrol Percuma, Pemandu, Telefon Bimbit, Tiket Kapal Terbang Kelas Perniagaan, Tambang Percuma Ke Luar Negara/Bekalan Air Dan Elektrik Percuma.

Ketua Setiausaha Negara/KSN (VK1/VU1)
Gaji Pokok: RM11,971-RM23,577 (Ikut berapa lama pegang jawatan, setiap tahun ada kenaikan)
Elaun Keraian: RM5,300
Elaun Perumahan: RM3,000
Elaun Insentif Khas: RM2500
Elaun Pembantu Rumah: RM2,000
Elaun Tetap Jawatan KSN: RM4,500
Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM333
Jenis Jawatan: Ketua Setiausaha Negara. Layak untuk dianugerahkan gelaran Dato’/Datuk dan Dato’ Seri/Datuk Seri daripada Sultan/Raja/Yang Di-Pertuan Besar/Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan Agong dan juga layak untuk mendapat gelaran Tan Sri daripada Yang Di-Pertuan Agong. Selepas bersara layak mendapat gelaran Tun daripada Yang Di-Pertuan Agong.
Kemudahan: Kenderaan Rasmi (Proton Perdana Eksekutif/Perdana V6/Inspira/Accordana), Petrol Percuma, Pemandu, Telefon Bimbit, Tiket Kapal Terbang Kelas Perniagaan, Tambang Percuma Ke Luar Negara/Bekalan Air Dan Elektrik Percuma.

Diharap maklumat yang diberikan di atas dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk mengetahui mengenai jawatan Gred JUSA, Gred TURUS dan Gred KSN. Jika terdapat kesilapan mengenai maklumat tersebut diharap diperbetulkan. Setakat ini, itu sahaja maklumat yang boleh diterima mengenai jawatan tersebut.
P/s: Patutlah ramai yang nak jadi Dato’. Semua dapat percuma, kereta, petrol, pemandu, telefon bimbit, air, elektrik. Untung sungguh jadi “ORANG BESAR”.

COPYPASTE DARI http://www.blogammar.com/


Wednesday, September 7, 2016

HALAL BUAT KAMI, HARAM BUAT TUAN
Ulamak Abu Abdul Rahman bin Abdullah Al-Mubarak Al-Hanzhali Al-Marwazi, seorang ulamak yang termahsyur di Makkah menceritakan kisah ini.
Suatu ketika, selepas selesai salah satu ritual haji, beliau berehat dan tidur. Dalam mimpinya beliau melihat dua malaikat turun dari langit, dia terdengar perbualan mereka, "Berapa ramai jemaah yang datang pada tahun ini?" Tanya malaikat itu kepada para malaikat lain.
"Tujuh ratus ribu," jawab malaikat yang satu lagi.
"Berapa ramai orang-orang yang diterima hajinya itu?"
"Tiada satu pun"
Perbualan itu membuat Abdullah gementar ketakutan, "Apa?" Dia menangis dalam mimpi.
"Semua orang-orang ini datang dari belahan bumi yang jauh, dengan susah payah dan keletihan sepanjang jalan, mengembara melalui padang pasir yang luas, dan semua usaha mereka sia-sia?"
Walaupun dengan rasa takut, dia terus mendengar cerita kedua malaikat tersebut.
"Namun ada seorang lelaki yang walaupun dia tidak datang untuk menunaikan haji, tetapi ibadah hajinya diterima dan semua dosanya telah diampunkan. Diatas keberkatan daripada lelaki itu, seluruh haji para jemaah diterima oleh Allah. "
"Bagaimana ia boleh terjadi begitu?"
"Itu adalah kehendak Allah"
"Siapakah orang tersebut?"
"Sa'id bin Muhafah, tukang kasut di kota Damsyik"
Mendengar ucapan itu, ulamak itu terus terjaga. Pulang daripada haji, dia tidak terus balik ke rumah, tetapi beliau pergi ke kota Damsyik, Syria.
Sampai di sana, beliau terus pergi ke tukang kasut yang disebut oleh malaikat dalam mimpinya. Hampir semua tukang-tukang kasut dia bertanya, apakah benar ada tukang kasut yang bernama Sa'id bin Muhafah.
"Di sana, di pinggir bandar", kata seorang tukang kasut sambil menunjukkan arahnya. Apabila di sana, ulamak tersebut menemui seorang tukang kasut yang berpakaian lusuh.
"Adakah benar anda bernama Sa'id bin Muhafah?", tanya Ulamak
"Betul, siapakah tuan?"
"Saya Abdullah bin Mubarak"
Said terharu, "Tuan adalah ulama yang terkenal, kenapa tuan datang mencari saya?"
Sejenak ulamak itu agak terkeliru, di mana beliau ingin memulakan soalan, akhirnya beliau memberitahu perihal mimpinya itu.
"Saya ingin tahu, adakah apa-apa yang anda telah buat, sehingga anda layak mendapat pahala haji mabrur?"
"Wah! saya sendiri tidak tahu!"
"Beritahu saya bagaimana kehidupan anda selama ini".
Sa'id bin Muhafah kemudian teringat, "Setiap tahun, setiap musim haji, saya selalu mendengar: Labbaika Allhuma labbaika....Labbaika la syarika laka labbaika... innal hamda...Wanni'mata... Laka wal mulka... La syarika laka...
Ya Allah, aku datang kerana panggilan -Mu. Tiada sekutu bagi -Mu. Segala pujian dan nikmat adalah kepunyaan-Mu dan kekuasaan-Mu. Tiada sekutu bagi -Mu.
Setiap kali aku mendengarnya, aku sentiasa menangis "Ya Allah aku rindu Mekah ... Ya Allah aku rindu melihat ka'abah ... Izinkan aku datang ... Izinkan aku datang, ya Allah ..."
Oleh kerana itu, sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu setiap hari saya mengenepikan sedikit wang dari hasil kerja saya sebagai tukang kasut. Sedikit demi sedikit, saya kumpulkan. Akhirnya, tahun ini, saya mendapat 350 dirham, cukup untuk haji saya.
"Saya sudah bersiap-sedia untuk berangkat menunaikan haji"
"Tetapi anda batalkan?"
"Benar"
"Apa yang berlaku?"
"Isteri saya mengandung, dan sering mengidam. Ketika saya hendak berangkat pergi saat itu isteri saya terlalu ngidamkan sesuatu "
"Abang, awak terhidu bau masakan yang sedap ini?
"Ya sayang"
"Cubalah abang cari, siapakah yang memasak sehingga baunya lazat begini. Mintalah sedikit untuk saya "
"Tuan, saya mencari sumber bau masakan itu, ia datang dari sebuah pondok buruk berhampiran. Disitu terdapat seorang balu dan enam orang anaknya."
Saya memberitahunya bahawa isteri saya mahu masakan yang dia masak, walaupun sedikit. Ibu tunggal itu diam melihat saya, sehingga saya mengulangi kata-kata saya.
Akhirnya dengan perlahan dia berkata, "Tidak boleh tuan"
"Saya sanggup membeli walau dengan harga yang tinggi," kata saya tegas
"Makanan ini bukan untuk dijual, tuan," katanya sambil berlinang air mata.
Saya bertanya kenapa?

Sambil menangis, wanita itu berkata, "Ini adalah daging halal untuk kami dan haram untuk tuan," katanya.
Dalam hati saya, "Bagaimana halal baginya, tetapi ia adalah haram untuk saya, padahal kita sama-sama Muslim? Kerana itu, saya menggesa beliau lagi, "Kenapa?"
"Sudah beberapa hari kami tidak makan. Di rumah tidak ada makanan. Hari ini kami ternampak seekor keldai mati, dan kemudian kami mengambil sebahagian dagingnya untuk dimasak "
"Bagi kami ini adalah daging yang halal, kerana jika kami tidak memakannya kami akan mati kebuluran. Tetapi bagi Tuan, daging ini haram".
Mendengar kata-kata wanita itu, saya terus menangis, lalu saya pulang ke rumah.
Saya memberitahu isteri saya mengenai kejadian itu, dia pun menangis, kami akhirnya memasak makanan dan pergi ke rumah wanita itu tadi.
"Ini masakan untuk kamu"
Peruntukan wang haji sebanyak 350 dirham telah saya berikan kepada mereka.
"Gunakan wang ini untuk puan dan keluarga puan. Gunakanlah ia untuk modal berniaga, supaya puan sekeluarga tidak lapar lagi"
Ya Allah ... disinilah Hajiku ...
Ya Allah... disinilah Mekahku ...

Mendengar kisah tersebut Abdullah bin Mubarak tidak dapat menahan air mata.

SEBUAH CERITA SEBAGAI PERINGATAN UNTUK KITA SEMUA

Iskandar Zulkarnain dan tenteranya terpaksa mengharungi terowong yang panjang dan gelap. Tiada api dan cahaya. Di tengah-tengah perjalanan, mereka terpijak batu-batu yang begitu banyak bertaburan. Ada orang berkata, terowong ini kaya dengan emas dan berlian. Apa lagi, ada yang mula mengutip batu-batu tersebut hingga penuh tangan. Ada yang gunakan baju untuk dijadikan pemegang batu-batu. Ada juga yang tidak percaya dan tidak mengutip apa-apa pun.
Setelah sekian lama berjalan dalam gelap, ada di antara mereka merasa letih lalu melepaskan batu-batu yang mereka bawa. Akhirnya mereka mula nampak di hujung terowong. Dalam samar-samar mereka telah lihat, batu-batu yang mereka bawa adalah betul-betul emas dan berlian. Ada yang minta kebenaran dari Iskandar Zulkarnain untuk berpatah balik ke tengah terowong. Tapi tak dibenarkan.
Bila mereka keluar dari terowong, maka penyesalan yang amat hebat terasa oleh tentera-tentera Iskandar.
Semua menyesal. Tiada yang tak *menyesal.*
1. Paling menyesal ialah yang tidak percaya langsung. Tiada langsung emas berlian yang dibawa walaupun sudah mempunyai peluang.
2. Yang bawa sikit pun menyesal. "Kenapalah aku bawa penuh tangan je. Patut tadi aku gunakan baju, kain dan sebagainya untuk angkut emas dan berlian tu."
3. Yang bawa penuh baju pun menyesal. Aku patut pinjam kain-kain dari orang lain. Aku patut gunakan mulut untuk angkut emas dan berlian-berlian tu.
4. Yang paling menyesal juga yang mula-mulanya percaya. Tapi separuh jalan lepaskan batu-batu kerana tidak yakin, kerana letih dan malas.
Begitulah *gambaran penyesalan* kita bila sampai ke alam akhirat. Semua menyesal. Tiada yang terkecuali. Ketika sakaratul maut, kita akan di nampakkan gambaran di mana nasib kita di akhirat. Ketika itu roh kita meronta-ronta tidak mahu meninggalkan dunia jikalau gambaran yang tidak baik ditunjukkan. Seperti mereka yang meronta-ronta untuk balik ke tengah terowong dan minta kebenaran untuk balik semula. Tapi bila roh di halqom, ternyata sudah terlambat.
Bila sampai di akhirat, semua orang akan menyesal. Yang soleh dan solehah menyesal kerana masa yang berlalu tanpa dimanafaatkan untuk meningkatkan amal ibadat supaya dapat darjat yang lebih tinggi. Yang kadang-kadang soleh kadang kadang menentang Allah lagilah menyesal. Ada amalan. Tapi sikit. Dosa menimbun.
Orang-orang kafirlah yang paling menyesal. Terutama mereka yang dah sampai seru, faham pasal Islam, tapi pilih untuk tidak beriman kerana ego, pangkat dan harta dan sebagainya. Orang yang asalnya Islam tapi meninggalkan agama lagilah menyesal. Seperti mereka yang mula-mula kutip batu, tapi lepaskan. Di akhirat nanti merekalah yang paling menyesal.
Itulah gambaran penyesalan di akhirat. Diceritakan penyesalan mereka dalam Surah As-Sajadah. Ahli Neraka merayu pada Allah, "Wahai Tuhanku, sesungguhnya kami telah lihat dan dengar kedahsyatan akhirat, kembalikanlah kami ke dunia untuk beramal soleh, sesungguhnya kami telah benar-benar yakin."
*RENUNG²KAN LAH*
*MENUNG²KAN LAH*
*FIKIR²KAN LAH*
#insyaaAllah #hanyaUtkasbabHidayat #tersebarkeseluruhpelusukAlam

COPYPASTE DARI SUMBER YG TIDAK DIKETAHUI..TERIMA KASIH KEPADA YG MENYEBARKANNYA..SEMOGA KITA MENDAPAT HIDAYAH DARI ALLAH SWT..AAMIIN

Monday, June 13, 2016

PENCIPTAAN WANG : Membongkar rahsia penipuan sistem kewangan dunia.....

Mungkin ada di antara kita yang pernah ambil subjek ekonomi. Merungut. tak... Ramai pelajar saya merungut mengatakan subjek ekonomi ni susah, banyak sangat konsep-konsep kena ingat, macam-macam perkataan ekonomi yang bombastik hinggakan orang kampung pun nganga tak faham, asyik main dengan nombor je, ermmm asyik-asyik keluk, keluk, keluk, pastu asyik nak cari persamaan je ('equation'). Masa saya ambil 'Master in Economic', ada kawan-kawan yang menegur saya " boleh ke bawak, nak cari nahas ke". Ye la, ijazah saya ni dalam bidang 'Marketing', tiba-tiba nak masuk bidang ekonomi pulak. Lain bidang tu. Persoalannya kenapa saya tak mau ambil 'Master' bidang perniagaan tetapi tetap berdegil ambik bidang ekonomi. Jawapannya mudah, saya nak memahami ekonomi secara realiti. Tapi sayang, bila saya masuk kelas, apa yang saya belajar, semua berkaitan pengiraan dan nombor terutama 'Econometrix', semua berkaitan menganalisis jurnal ekonomi, semua berkaitan macammana nak 'cipta persamaan'.Memang 'tension' dan sangat teruk belajar master ni hinggakan saya pening kepala yang amat sangat dan dinasihatkan membuat pemeriksaan di Hospital Pakar. 

Persoalannya apa yang saya dapat ? Jawapannya, 'nothing' (takde ape-ape). Cuma saya dapat belajar ilmu yang saya tak pernah tahu dan tak boleh nak praktikkan dalam kehidupan saya, ilmu yang saya tak boleh nak kongsi dengan masyarakat dan akhirnya saya dapat sijil kat konvokesyen. Itu sahaja....maksudnya saya berjaya dapat sijil tapi saya gagal mencapai objektif saya. Sekarang, baru saya menyedari dan faham sikit-sikit. Memang bidang ekonomi ini dicipta oleh orang barat untuk menjadi susah, rumit, sukar dan penuh tekanan. Semua kesukaran ini bukan tak disengajakan tapi DISENGAJAKAN. Kesukaran yang dibuat hanya sekadar TOPENG.Sebabnya mudah, supaya dapat mengelakkan semua manusia kat dunia ni memahami ekonomi. Kalau semua manusia tau tentang ekonomi, maka makin banyak lah terbongkarnya segala rahsia penipuan, konspirasi, kezaliman, ketidakadilan dan kejahatan yang dilakukan oleh orang-orang barat terutama konspirasi orang yahudi ke atas sistem kewangan dunia. Jadi, hanya orang-orang tertentu sahaja yang berusaha mencari kebenaran mampu memahami ekonomi. Mengapa saya cakap camni...

Dulu memang ramai yang tak menyedari penipuan sistem kewangan dunia. Sekarang, bila Allah beri bala dengan kejatuhan dollar Amerika, Kejatuhan minyak mentah dunia, kemelesetan ekonomi dunia termasuk Malaysia, kemelesetan ekonomi Eropah yang menyebabkan negara Greece muflis dan peperangan ke atas Iraq dan Afghanistan menyebabkan satu persatu orang mendedahkan rahsia penipuan dan konspirasi sistem kewangan dunia.Sekarang ramai orang dah sedar bahawa 'KITA DAH KENA TIPU' , 'KITA DAH DIPERMAINKAN' oleh sistem kewangan Camni ceritanya....'BAGAIMANA WANG DOLLAR DICIPTA'  Sebab apa pilih contoh Dollar. Jawapannya, sebab Dollar ni digunakan satu dunia sebagai pertukaran matawang asing dalam menjalankan urusniaga antarabangsa. Kalau lingkup dollar menyebabkan satu dunia akan menerima kesan negatif yang menyiksakan.Dalam erti kata lain Dollar telah menjadi PEMBULI matawang dunia. Amerika ni melalui Bank Pusat, ada satu dokumen rasmi berkaitan panduan asas proses penciptaan wang. Nama dokumen tu ialah 'Modern Money Mechanics'. Contoh paling mudah dan senang nak faham seperti berikut... Federal Reserve USA Kerajaan Amerika perlukan duit 100 billion untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi. Kemudian Kerajaan Amerika bagitau kat 'Federal Reserve System' atau dipanggil 'The FED'. Sebelum tu, nak bagitau dulu sapa 'THE FED' ni ye. Ianya adalah bank pusat Amerika yang beribu pejabat di Washington.Tujuan utama ditubuhkan sejak 1913 untuk menyelesaikan masalah jika berlaku 'Bank Panic'. 'Bank Panic' ni ialah krisis kewangan yang berlaku ke atas bank apabila berlaku satu keadaan di mana ramai sangat orang keluarkan duit kat bank disebabkan peristiwa tertentu, contohnya ekonomi meleset (Istilah orang putih dipanggil 'banking run').Bila keadaan ini berlaku boleh menyebabkan bank bankrup. (Gambar 1 : 'Bank Run' 1933 USA. Gambar 2 : 'Bank Panic' 1907   Akhirnya jadila kertas yang dinamakan 'Federal Reserve Note'.Kemudian wakil kerajaan Amerika dan wakil 'Federal Reserve' pun bertemu di satu lokasi dan buat pertukaran. Wakil kerajaan Amerika akan bagi kertas 'Treasury Bond' 100 billion tu kat Wakil 'Federal Reserve' manakala Wakil 'Federal Reserve' bagi kertas 'Federal Reserve Note' 100 billion kat Wakil Kerajaan Amerika. Apabila selesai proses pertukaran maka wakil kerajaan Amerika tadi pun pegi ke bank. Sampai kat bank, Wakil Kerajaan Amerika pun bagi kertas 100 billion 'Federal Reserve Note' tu kat pegawai bank untuk didepositkan atau disimpan dalam akaun bank.Selesai sahaja urusan memasukkan 'note' tadi dalam akaun bank maka secara rasminya kertas 'note' tersebut menjadi wang yang sah diperlakukan. Akhirnya, bertambahlah 100 billion bekalan wang kat Amerika.

Akhirnya berjaya kerajaan Amerika mencipta 100 billion sebagai wang baru...ermmmm...senangnya diaorang cipta duit. Ini contoh umum je supaya kita senang nak faham. hakikatnya semua urusniaga tersebut menggunakan elektronik tanpa melibatkan sebarang kertas. Hanya 3% sahaja wang dollar Amerika wujud dalam bentuk fizikal manakala 97% wujud dalam komputer sahaja. Kesimpulannya, kalau kita tak sedar, kita anggap penulisan ni macam takde apa yang menarik pun. Biasa je...Walhal, hakikatnya, ada rahsia yang cukup, cukup, cukup besar yang memang kesannya terkena secara langsung kat muka kita setiap hari. Apa rahsianya... ini dia.. WANG YANG DICIPTA TADI TIDAK ADA NILAI LANGSUNG DAN TIDAK BERSANDARKAN APA-APA PUN. Abis tu wang dicipta berdasarkan apa. 'WANG DICIPTA DARIPADA HUTANG'. Takde sandaran langsung daripada barang yang bernilai seperti emas, perak atau barang komoditi. Memang teruk, 'very nonsense', penipu dan tak logik langsung. Memang tak patut penciptaan wang adalah berdasarkan hutang. Bila ini berlaku jangan harap la INFLASI akan turun. INFLASI akan naik setiap masa. Jangan harap la kita boleh beli roti canai berharga 30 sen seperti zaman 1980an.  Boleh saya sambung balik.....

Biasanya setiap bank kat dunia akan diarahkan oleh bank pusat masing-masing untuk buat penyimpanan peratusan tertentu daripada jumlah simpanan. Senang nak kira, saya bagi contoh 10%. Maksudnya daripada 100 billion duit tadi, 10 billion (10%) wajib disimpan oleh bank manakala 90 billion digunakan untuk bagi hutang kat orang ramai. Dalam erti kata lain, duit 90 billion tu boleh digunakan untuk mencipta wang baru dengan TIDAK BERSANDARKAN apa-apa pun disebabkan adanya PERMINTAAN daripada orang ramai untuk buat pinjaman. Cuba baca contoh mudah ni...Ada orang nak pinjam 90 billion kat bank.Biasanya sebelum nak guna duit 90 billion tu, dia akan simpan balik dalam akaun bank kan. Takkan la nak letak 90 billion kat bawah bantal, kena rompak la jawabnya. Sedar tak sedar, sebenarnya duit 90 billion yang kita masuk dalam akaun tu digunakan balik oleh bank untuk tawarkan pinjaman kat orang lain. Proses ini akan berlaku secara berterusan dan tanpa kesudahan selagi ada orang lain yang nak buat pinjaman. Secara matematiknya camni la... daripada 100 billion yang disimpan oleh kerajaan Amerika tu, bank boleh cipta wang baru sebanyak 9 kali ganda 'NILAI' daripada 'NILAI ASAL'atau 900 billion tanpa ada sebarang sandaran. (orang biasa kata 'untung atas angin').Ini akan menurunkan nilai wang dan menaikkan harga barang. Contohnya 1 dollar pada tahun 1913 memerlukan 21 dollar 60 sen pada tahun 2007 untuk menyamai nilainya. Berlaku penurunan sebanyak 96%. Wang baru 900 billion tersebut telah mencuri nilai dari wang yang tersedia ada dipasaran (ingat tak 100 billion adalah duit sedia ada). 900 billion ini telah MENINGKATKAN JUMLAH WANG di pasaran.

Dalam masa yang sama JUMLAH BARANG DAN PERKHIDMATAN dipasaran TIDAK MENINGKAT. Ini akan mengakibatkan HARGA BARANG DAN PERKHIDMATAN MENINGKAT. Akhirnya, MENGHAPUSKAN KUASA BELI bagi setiap wang. Ini dipanggil INFLASI.   INFLASI ini adalah CUKAI yang tak nampak. Mungkin selama ni, kita hanya tahu bayar cukai pendapatan individu setiap tahun. Tak bayar kena saman. Selama ni kita hanya tahu bila makan Pizza kena bayar cukai jualan sebanyak 5% dalam bil kita.Selama ni kita hanya tahu, bila beli kereta Toyota Vios kena bayar cukai import/ cukai eksport dan cukai eksais. Selama ni kita hanya tahu, bila ada kad kredit kena bayar cukai sebanyak RM50 kat kerajaan. Selama ni kita hanya tahu bila tempah hotel, kena bayar cukai perkhidmatan.Ramai orang tidak sedar bahawa kita sebenarnya terpaksa menanggung CUKAI INFLASI setiap tahun.Cukai lain ada gak turun naik nya atau mungkin dilupuskan tapi CUKAI INFLASI tidak akan turun sampai bila-bila. Dia akan makan duit kita tanpa disedari dan secara perlahan-lahan.Cuma nombor sahaja yang mungkin berkurang, hakikatnya INFLASI akan naik setiap tahun. Kesimpulannya selagi wang baru terus beranak pinak tanpa ada keseimbangan dengan jumlah barang dan perkhidmatan yang dijual kat pasaran maka akan sentiasa lah menurunkan nilai wang kita.Secara realitinya kita tak boleh nak elak inflasi dan inflasi ini dicipta memang disengajakan.     

Dalam sistem kewangan sekarang wang adalah berasal daripada hutang atau pinjaman. Semakin banyak wang, semakin banyak hutang. Satu-satunya cara wang 'WUJUD' adalah melalui hutang atau pinjaman.Oleh itu jika kerajaan dan semua orang dalam negara bayar hutang maka tiada lagi dollar yang wujud dalam kitaran.Jika tiada hutang dalam sistem kewangan maka tidak akan ada wang.Persoalannya adakah kerajaan Amerika mampu bayar hutang.  Jawapannya , -Tidak-. Realitinya, Amerika pernah berjaya membayar semua hutangnya kali terakhir pada tahun 1835.Kesimpulannya ' Wang yang bank bagi pinjam kat kita secara undang-undangnya tidak wujud pun sebelum itu. Wang tersebut adalah palsu dan pihak bank tidak pernah ada wang sebagai harta untuk memulakannya..


Diambil dari http://ilmuhaizan.blogspot.my/2010/10/penciptaan-wang-membongkar-rahsia.html


Wednesday, June 8, 2016

PERHAMBAAN MODEN

Tanpa kita sedari, rupanya memang wujud sistem perhambaan di zaman moden ini dan kita turut menjadi mangsa. Kita terperangkap di dalam permainan Zionis terutamanya di dalam kawalan matawang. Pernahkah kita terfikir dari mana datangnya wang kertas yang kita guna sehari-hari. Saya membawa anda contoh dengan sejarah yang mudah difaham oleh saudara sekalian. Mulanya dari orang Zionis (Si Penipu) itu sendiri yang memiliki emas dan disimpan di dalam peti yang terjaga. Lalu Si Penipu mula menyediakan khidmat penyimpanan emas di dalam peti tersebut dan memberikan kertas-kertas sebagai penjamin bagi mereka yang menyimpan emas dengannya. Lama-kelamaan orang mula berjual-beli menggunakan kertas tersebut dan penjual akan menuntut emas daripada Si Penipu. Si Penipu lalu menemui satu cara bagi mendapatkan keuntungan besar iaitu dengan mengeluarkan banyak kertas pinjaman kerana orang tidak akan tahu berapa banyak emas yang tinggal di dalam peti tersebut. Maka semakin ramai yang meminjam dari Si Penipu hinggakan kadar emas cuma 1 dan keuntungannya adalah 9. Maka semakin ramai yang berhutang dengan Si Penipu dan dia menjadi semakin kaya malah boleh membeli lebih banyak emas dengan kertas hutang tersebut.

.. Apabila orang ramai sudah sedar akan penipuan besar yang dilakukan oleh Si Penipu, maka dia pun lari bersama segala hartanya dan mula mengemukakan cadangan bagi membuka bank-bank di negara lain bersama konco-konconya. Lalu bermulalah sistem matawang yang penuh riba' di Amerika Syarikat pada 1921 lalu negara-negara lain turut bergantung pada sistem yang sama termasuklah negara kita sendiri Malaysia. Bagaimanakah kita negara Islam boleh menerima sistem perbankan kafir ini sedangkan sunnah Rasulullah S.A.W dan Nabi-nabi terdahulu adalah perniagaan menggunakan emas dan perak?

Apa yang kita usahakan selama ini rupanya di bawah agenda Zionis itu sendiri dan kita terperangkap dalamnya hinggakan kejatuhan ekonomi yang direka-reka oleh mereka adalah untuk menguntungkan pihak mereka bagi mendapatkan sumber-sumber asli dan penyimpanan stok emas mereka adalah sangat banyak. Dengan permainan matawang yang diada-adakan inilah yang berjaya memporak-perandakan sistem sesebuah negara hingga ramai yang mati kebuluran, jenayah berlaku di sana-sini sedangkan yang menguasai kekayaan dunia hanya segelintir Zionis ini. Pernahkah anda terfikir bagaimana mudahnya mendapatnak pinjaman wang dari bank sehingga beratus-ratus ribu ringgit bagi pembelian rumah, kereta, pendidikan dan sebagainya? Dan bagi mereka yang tidak mahu hidup berhutang hampir-hampir hidup melarat kerana sukarnya mendapatkan wang berdasarkan emas dan perak, bukan berdasarkan riba'. Beginilah kita terperangkap di dalam sistem Zionis ini yang memanipulasi hidup kita sehari-harian untuk bekerja membayar hutang sedangkan kertas di tangan kita hanyalah kertas hutang!


...Saudara boleh mengkaji sendiri sistem perbankan yang hanya satu khayalan ini dengan menaip di google.com atau yahoo.com 'Rockefeller Zionis'. Rockefeller serta pengikut-pengikutnya yang menyimpan kekayaan dunia dan mereka ini juga yang membiayai Hitler dalam pembantaian Yahudi dan umat Islam sendiri hingga wujud negara Israel. Strategi mereka sangat licik, mereka menempatkan Yahudi di petempatan orang Islam di Palestin lalu berlangsung holocaust yang membunuh orang awam Yahudi juga umat Islam. Dengan cara ini mereka dapat meraih simpati bagi penubuhan negara Israel dan bagi mereka kematian segelintir Yahudi adalah berbaloi untuk itu dan penguasaan Zionis di dunia adalah perkara yang paling utama.

Bagaimana pula dengan media? Media juga merupakan agen Zionis sehinggakan kita sendiri tidak pernah terdengar fakta sebenar mengenai sistem perbankan... Apa yang ada hanyalah hiburan melalaikan yang turut menjadi agen syaitan dan iblis bagi menyesatkan anak Adam dan umat Islam khususnya. Apakah kesinambungan dari semua ini?

...Apakah kesinambungan dari semua ini? Pernahkah saudara mendengar Hadis Rasulullah S.A.W yang mengatakan bahawa majoriti pengikut dajjal adalah orang Yahudi? Inilah yang mereka sedang persiapkan saudara sekalian. Jika saudara membaca artikel ini daripada mula dan membandingkan dengan wang 1 Dollar Amerika, maka apa yang saudara lihat adalah piramid bermata satu. Ketahuilah bahawa dajjal itu bermata satu dan ALLAH MAHA SEMPURNA dari segala kecacatan dan bebas daripada sifat yang baharu. Pihak Zionis telah lama merangka perancangan bagi menyambut ketibaan dajjal ini dan mereka telah menimbulkan pelbagai propaganda melalui media, produk, wang dan cara-cara lain yang bertujuan memerangkap kita di dalam satu sistem yang memanipulasi kehidupan kita supaya berkhidmat pada mereka! Satu contoh yang mudah adalah rokok... Jika kita lihat pada hampir semua kotak rokok terdapat lambang singa dan perisai. Ini merupakan lambang pertubuhan freemason zionist laknatullah. Lambang-lambang ini juga terdapat pada arak dan produk Zionis yang lain. Tujuan mereka tidak lain hanyalah untuk meracuni manusia dengan cara yang perlahan ini yang mana akhirnya kita binasa akibat perbuatan kita sendiri. Juga merupakan kesempatan bagi mereka mengaut keuntungan sebanyak mungkin dari setiap perokok sebelum membinasakan individu tersebut! Salah satu daripada rancangan zionis adalah bagi mengurangkan populasi penduduk dunia dengan cara yang keji ini. Mengapakah kita perlu mengetahui semua ini?


.. Mengapakah penting bagi kita untuk mengetahui semua ini? Dengan kesedaran yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada kita, dapatlah kita memohon kepada Allah agar diselamatkan daripada fitnah yang dahsyat ini sepertimana sabda Junjungan Mulia Rasulullah S.A.W bahawa tiada fitnah yang terbesar sepanjang sejarah manusia seperti fitnah dajjal. Fitnah ini sangat halus dan dahsyat hinggakan hampir-hampir tidak tersedar bahawa kita terperangkap di dalamnya. Kesedaran yang kita peroleh ini Insya Allah kita dapat sampaikan kepada saudara kita yang lain agar mereka turut sama sedar. Semakin ramai yang sedar... semakin kuat penentangan yang boleh dilakukan kerana mengetahui itu merupakan sebahagian daripada peperangan.

Perkara ini telah berlaku pada zaman Nabi Musa A.S di mana Bani Israil ditakutkan oleh ahli sihir Fir'aun yang mampu mengeluarkan ribuan ular sedangkan semua hanyalah ilusi menyebabkan mereka terus tunduk pada Fir'aun. Setelah tongkat Nabi Musa A.S menjadi ular besar dengan mukjizat Allah dan menelan semua ular ahli sihir... Fir'aun takut dengan sistem ilusi dan khayalan yang telah dibina atas dasar pembohongan semata-mata hingga ingin cepat membunuh Nabi Musa kerana ramai yang sedar dan memeluk agama Tauhid ini. Tetapi Allah jua yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan memenangkan pihak Nabi Musa A.S.

Begitulah perihalnya sistem dajjal ini yang dibina atas khayalan dan kebohongan semata-mata. Mereka kini berusaha menggunakan kekerasan bagi melenyapkan sinar kebenaran dan menutup mata kita melalui hiburan-hiburan di kaca TV, berita bohong dari CNN, BBC. Semua ini hanyalah khayalan yang merupakan hijab dari melihat perkara sebenar. Marilah saudara sekalian bangkit dan sama-sama berpesan dengan kebenaran dan kesabaran. Janganlah kita lemah dalam perjuangan dan terus hanyut dalam dunia sementara ini. Dunia ini hanyalah satu persinggahan di mana kita akan diminta pertanggungjawaban atas segala apa yang kita lakukan. Bangkitlah Umat Muhammad dan sama-sama kita berjuang sehinggalah kita berjumpa dengan Rasulullah S.A.W di akhirat kelak. Moga-moga kita diakui sebagai Umatnya dan mendapat syafa'at dari Baginda.

Segala yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan segala kesilapan berpunca dari kelemahan diri saya sendiri. Selawat dan Salam buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W, para Sahabat, serta keluarga Baginda yang teguh dalam memperjuangkan yang Haq dan menghapuskan kebatilan. Yang Haq akan kekal dan tegak selama-lamanya. Manakala yang batil akan lenyap dan dihumban ke dalam neraka Jahannam di mana penghuninya tidak hidup dan tidak mati kerana kerasnya azab dari Allah S.W.T. Sekian Wasallam.


kupipes dari http://soul-of-truth.blogspot.my/

Tuesday, April 26, 2016

Apa yang dibentangkan Tun Mahathir mengenai Kuasa Raja ........?

Jangan hanya tau mengutuk dan menghina Tun Mahathir tanpa tau apa yang dibentangkan olehnya ....... Baca dan teliti kemudian baru buat tafsiran .......


Sejarah Mahathir mengurangkan kuasa Raja


Penyampai : DATO’ SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tajuk : SEMASA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993
Lokasi : DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR
Tarikh : 18-01-1993

Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang bernama Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan dibacakan kali yang kedua sekarang.Tuan Yang di-Pertua, Izinkan saya memperkenal dan mengulas Akta yang telah saya sebutkan tadi.

2. Ketika negara menuntut kemerdekaan, pemimpin-pemimpin negara yang telah mendapat kemenangan besar dan sokongan padu dalam Pilihanraya Umum tahun 1955 telah membuat pilihan supaya sistem pemerintahan di negara ini ialah sistem Demokrasi Berparlimen atau `Parliamentary Democracy` dan Raja Berperlembagaan atau `Constitutional Monarchy`.

3. Sistem ini dipilih kerana semasa negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem feudal dengan kuasa di tangan Raja, negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar-kacir. Negeri- negeri ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguatkuasakan undang-undang. Akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri di bawah naungan kuasa-kuasa asing seperti Cina, Siam dan Barat. Akhirnya semua negeri Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan British melalui perjanjian di antara Raja-Raja yang memerintah dengan pihak Kerajaan British.

4. Selepas Perang Dunia Kedua, Raja-Raja Melayu berharap apabila British mentadbir semula kedudukan mereka sebagai Raja yang berada di bawah nasihat pegawai-pegawai British akan dikembalikan. Negeri-negeri Melayu akan sekali lagi diperintah oleh British walaupun tidak seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka, di mana British berkuasa penuh.

5. Bagi majoriti rakyat Melayu negeri-negeri Semenanjung, mereka juga bersedia menerima pemerintahan di mana keMelayuan negeri-negeri Melayu diakui oleh British, walaupun pentadbiran dikuasai hampir sepenuhnya oleh British. Namun ada pendapat di kalangan sebilangan orang Melayu bahawa negeri-negeri Melayu sepatutnya dibebaskan daripada pemerintahan kolonial British sama sekali.

6. Orang Melayu hanya sedar akan kemungkinan mereka diketepikan dan menjadi pengemis di negeri mereka sendiri apabila Raja-Raja Melayu tunduk kepada ugutan MacMichael dan menandatangani perjanjian baru dengan British yang menyerahkan negeri-negeri Melayu terus kepada British untuk diperintah sebagai tanah jajahan takluk British sama seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka.

7. Oleh kerana begitu mudah Raja-Raja menyerahkan Singapura, Pulau Pinang dan Pangkor kepada penjajah dan kemudiannya menyerah pula negeri-negeri Melayu, maka rakyat tidak lagi boleh menerima sistem yang memberi kuasa hanya kepada Raja dan rakyat tidak diberi peranan apa-apa dalam politik negara. Lagi pun selepas Perang Dunia Kedua, Sistem Raja berkuasa penuh sudah menjadi lapok di seluruh dunia. Di merata-rata tempat Sistem Beraja ditamatkan terus. Di mana ia dikekalkan, kuasa Raja dihadkan oleh Perlembagaan atau undang-undang asas negara. Justeru itu, semasa Persekutuan Tanah Melayu menuntut kemerdekaan, pemimpin- pemimpin rakyat telah mengkaji sistem-sistem pemerintahan dengan mengambilkira sejarah negeri-negeri Melayu dan sistem-sistem pemerintahan lain.


Tuan Yang di-Pertua,

8. Sistem pemerintahan lama negeri-negeri Melayu adalah sistem feudal di mana Raja berkuasa penuh tanpa Perlembagaan yang ditulis. Sistem feudal ini ditentukan oleh adat yang sering dimanipulasikan dengan sewenang-wenangnya oleh pihak berkuasa. Jika pihak yang berkuasa melampaui adat, pegawai- pegawai istana atau rakyat sukar untuk menegur dan membuat sebarang dakwaan. Tetapi apabila keadaan menjadi terlalu buruk, kemungkinannya ialah adat diketepikan dan pemberontakan berlaku. Tetapi cara ini tetap membawa kesan yang buruk tanpa menjamin bahawa pemberontakan akan memperbaiki keadaan.

9. Oleh itu lahirlah pendapat bahawa Raja perlu diletak di bawah suatu Perlembagaan yang menentukan kedudukan dan peranan Raja. Dengan cara ini Raja tidak lagi boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya. Kuasa Raja akan ditentukan oleh Perlembagaan, iaitu undang-undang asas negara. Namun ada Raja yang sanggup menyerahkan negeri sendiri kepada kuasa asing tanpa menghiraukan Perlembagaan.

10. Namun semasa sistem Raja Berperlembagaan digubal untuk Persekutuan Tanah Melayu, yang ketika itu menuju kemerdekaan, penggubal-penggubal perlembagaan masih percaya Raja-Raja akan patuh bukan sahaja kepada yang tersurat tetapi juga yang tersirat di dalamnya — iaitu semangat yang terdapat dalam Perlembagaan.

11. Di zaman penjajahan British, oleh kerana mereka boleh menaik atau menurunkan Raja, maka Raja menerima nasihat pemerintah kolonial. Perkara ini dimasukkan dalam perjanjian di antara pihak British dengan Raja-Raja Melayu di mana nasihat `British Resident` atau `British Adviser` mesti dipohon dan dipatuhi oleh Raja melainkan berkenaan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Bagi British, nasihat yang mesti dipatuhi oleh Raja tidaklah ganjil kerana dalam sistem Kerajaan di Britain, `King` atau `Queen` mereka mesti menerima nasihat Kerajaan. Jika tidak, Raja akan diturunkan dari takhta. Oleh itu apabila King Edward VIII berkeras untuk berkahwin dengan seorang janda, baginda terpaksa turun dari takhta atas nasihat Kerajaan, walaupun tidak ada peruntukan khusus untuk tindakan ini. Yang dikuatkuasakan bukan undang-undang tetapi kepentingan politik negara, dan Raja-Raja British memang akur kepada politik negara. Sebab itulah sebelum pun Parlimen British memutuskan supaya Queen Elizabeth membayar cukai pendapatan, Baginda sendiri baru- baru ini membuat keputusan untuk membayar cukai pendapatan.Perlembagaan British, walaupun tidak bertulis, dipatuhi daripada segi semangat dan adat.

12. Oleh kerana Raja-Raja Melayu di zaman kolonial telah mematuhi nasihat, maka dipercayai bahawa masalah Raja bertindak di luar undang-undang tidak akan berlaku.

13. Penggubal undang-undang dan pengasas pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka juga percaya peruntukan bahawa Raja tidak boleh didakwa di mahkamah hanyalah sebagai petanda kemuliaan Raja dan bukan sebagai hak untuk melakukan jenayah. Sudah tentu penggubal Perlembagaan dan pengasas kemerdekaan negara tidak bermaksud peruntukan ini memberi hak kepada Raja untuk membelakangkan undang-undang civil dan criminal. Raja Berperlembagaan atau Constitutional Monarchy tidak pernah memberi keistimewaan atau privilege kepada Raja untuk melakukan jenayah. Tetapi jika Raja tersalah semasa menjalankan tugas rasmi, Raja adalah bebas daripada tuduhan. Ini adalah kerana yang bertanggungjawab dan boleh didakwa ialah Kerajaan.

14. Dalam usaha menentang Malayan Union dan mengembalikan negeri-negeri Melayu dan negeri-negeri Selat kepada `status quo ante` iaitu keadaan sebelum Perang Dunia Kedua, rakyat telah memainkan peranan yang penting walaupun tidak diperuntukkan oleh undang-undang. Adalah jelas kepada rakyat pada masa itu bahawa Raja tanpa sokongan rakyat mudah dikuasai oleh pihak penjajah dan pihak-pihak lain. Justeru itu, rakyat perlu diberi hak dalam politik dan pentadbiran negara. Peranan rakyat mestilah ditentukan oleh undang- undang.

15. Memandangkan hakikat ini dan sekali lagi dengan mengambil contoh dari Britain, Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka memilih sistem Demokrasi Berparlimen. Rakyat akan melantik wakil mereka ke Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri yang menjadi penggubal utama undang-undang dan dasar-dasar negara. Ini menentukan rakyat boleh memainkan peranan mereka dengan tertib dan tersusun.

16. Tetapi sekali lagi mengikut sistem di Britain, undang- undang hanya menjadi sah setelah ditandatangani oleh Raja.Di Britain, ini tidak menjadi masalah kerana Raja tidak mungkin menolak nasihat Jemaah Menteri. Tetapi di Malaysia perkataan nasihat, yang penggubal perlembagaan percaya akan mempunyai makna yang sama seperti di Britain dan juga di zaman penjajah, tidak ditafsirkan dengan jelas. Oleh itu pihak Raja boleh menolak nasihat Kerajaan.

17. Jika Kerajaan diakui terdiri daripada wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat untuk menentukan rakyat berkuasa, tetapi nasihat Kerajaan berkemungkinan tidak diterima, ini bererti Demokrasi Berparlimen tidak wujud dan rakyat tidak berkuasa sepenuhnya. Dalam perkara-perkara tertentu bukan sahaja persetujuan Yang di-Pertuan Agong diperlukan, tetapi juga persetujuan Majlis Raja-Raja.

18. Walaupun wakil rakyat bebas bercakap dalam Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri mengenai apa juga tajuk, tetapi mereka tidak boleh menyentuh diri Raja-Raja kerana sebarang kritikan atau teguran terhadap Raja boleh ditakrif sebagai hasutan dan mereka boleh didakwa di bawah Akta Hasutan. Peruntukan ini adalah hasil pindaan yang dibuat pada tahun 1971. Sebelum ini, teguran terhadap Raja boleh dibuat di dalam dewan. Di Britain dan di negara-negara lain, ahli-ahli Parlimen bebas menegur atau mengkritik Raja. Adalah jelas bahawa menegur dan mengkritik Raja tidak menghapus kedaulatan Raja.

19. Sementara halangan ke atas teguran ini dikatakan akan memelihara kemuliaan Raja, tetapi apabila Raja tidak ditegur, maka ia tidak akan sedar akan kesalahan yang telah dilakukannya. Dengan itu, mungkin lebih banyak kesalahan akan dilakukan dan kesalahan ini mungkin akan menjadi lebih serius. Ini bukan sahaja akan mencemarkan kemuliaan Raja, bahkan juga boleh menimbulkan kebencian rakyat terhadap Raja. Tidaklah benar jika dikatakan larangan terhadap mengkritik Raja akan memelihara kemuliaan Raja. Sebenarnya kemuliaan Raja akan tercemar kerana larangan ini.

20. Dengan kemungkinan Raja menolak nasihat serta bebas daripada teguran dan sebarang tindakan keadilan, maka Raja sebenarnya bukan Raja Berperlembagaan lagi tetapi menjadi Raja mutlak. Sekali lagi Demokrasi Berparlimen tidak wujud kerana tidak ada tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap Raja yang tidak menerima nasihat Kerajaan rakyat dan melakukan kesalahan.

21. Pada tahun 1983, tindakan telah diambil untuk meminda Perlembagaan supaya sekurang-kurangnya kuasa Yang di-Pertuan Agong menolak rang undang-undang yang dilulus oleh Parlimen dibatalkan. Usaha ini berjaya tetapi tidak sepenuhnya. Yang diluluskan akhirnya ialah kuasa Yang di-Pertuan Agong menolak rang undang-undang Parlimen dikurangkan sedikit dengan mengadakan peruntukan baru bahawa Baginda boleh merujuk balik kepada Parlimen jika Baginda enggan menandatangani rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen. Jika Parlimen meluluskannya sekali lagi, sama ada dengan pindaan atau tidak, maka rang undang-undang itu akan menjadi undang-undang yang sah dalam jangkamasa 30 hari (Perkara 66(4) Perlembagaan) walaupun tidak ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong.

22. Tetapi kelulusan secara ini terhad kepada perkara- perkara yang tidak menyentuh hak-hak dan keistimewaan- keistimewaan Raja-Raja. Untuk meminda peruntukan Perlembagaan yang menyentuh Raja-Raja, Majlis Raja-Raja perlu memberi persetujuan.

23. Di peringkat negeri, tidak ada pindaan dibuat kepada Perlembagaan negeri. Dengan itu tidak ada undang-undang yang boleh diluluskan tanpa ditandatangani oleh Raja. Ini bermakna kuasa Raja-Raja di negeri-negeri mengatasi kuasa Dewan-Dewan Undangan Negeri yang mewakili rakyat.

24. Peruntukan-peruntukan ini tidak menjadi masalah jika tidak ada tentangan pendapat di antara Raja-Raja dengan Dewan-Dewan Undangan, atau tidak ada perbuatan yang salah yang dilakukan oleh Raja-Raja, atau tidak ada adat Melayu yang tidak suka memburukkan hubungan dengan Raja-Raja.Malangnya oleh kerana Menteri-Menteri Besar dan Perdana Menteri adalah orang Melayu yang enggan bermasam muka dengan Raja, maka apabila Raja membuat sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan, tidak ada teguran yang berkesan yang dibuat. Jika ada pun, keengganan Raja mengambil berat akan teguran penasihat-penasihat rasmi ini tidak mendatangkan apa-apa tindakan kepada Raja.

25. Justeru itu dalam sejarah Malaysia yang merdeka, tindakan Raja-Raja dan pihak-pihak yang berlindung di belakang Raja yang melampaui hak dan keistimewaan Raja, semakin lama semakin serius. Kemungkinannya ialah ia akan menjadi lebih serius lagi di masa-masa hadapan. Jika tidak ada pindaan undang-undang, seperti yang dicadangkan ini, tidak syak lagi bahawa perkara-perkara yang lebih buruk akan berlaku yang mana ini akan menyebabkan institusi Raja dibenci oleh rakyat. Bukanlah mustahil jika satu hari kelak tuntutan dibuat untuk menghapuskan Sistem Beraja sama sekali walau apa pun yang diperuntukan oleh Perlembagaan.

26. Justeru itu pindaan yang dicadangkan ini bertujuan mengelak atau menghalang daripada meningkatnya perasaan benci kepada Raja yang boleh membawa kepada tuntutan untuk menghapuskan Sistem Beraja. Pindaan ini adalah untuk menyelamatkan Raja-Raja sendiri dan sistem Raja Berperlembagaan. Untuk memperkuatkan lagi peruntukan Perlembagaan bagi mengekalkan Sistem Beraja, peruntukan dibuat supaya sebarang syor atau cadangan untuk menghapuskan Sistem Beraja akan ditakrif sebagai hasutan dan tertakluk kepada Undang-Undang Hasutan.

27. Pindaan ini tidak menyentuh keistimewaan-keistimewaan yang diberi kepada Raja-Raja. Raja-Raja akan terus bertaraf Raja, dan kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada Raja dan keluarga di-Raja mengikut Perlembagaan dan undang-undang akan diteruskan.

28. Untuk menentukan sistem Raja Berperlembagaan benar- benar berkesan, maka tiga pindaan perlu dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan. Yang pertama ialah peruntukan Perlembagaan berkenaan dengan kekebalan Raja-Raja daripada sebarang tindakan undang-undang seperti dalam Fasal (1) Perkara 32 yang mana selepas perkataan “mahkamah” ditambah perkataan “tetapi hanya berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya dalam perjalanan atau yang berupa sebagai perjalanan fungsi- fungsinya di bawah mana-mana undang-undang bertulis”. Ini bermakna tidak ada tindakan mahkamah yang boleh diambil terhadap Raja dalam menjalankan tugas rasminya.

29. Kekebalan Raja atau Sovereign Immunity adalah suatu prinsip feudal — satu konsep kononnya `The King can do no wrong`. Mengikut Dr. Hogg dalam bukunya `Liability of the Crown` konsep ini berasas kepada alasan bahawa seorang Raja tidak boleh didakwa dalam mahkamahnya sendiri. Alasan ini sudah lama dipersoal dan ditolak oleh pakar-pakar undang- undang di Eropah seperti Adams yang merasakan tidak ada keraguan bahawa feudal lords diletak di bawah mahkamah mereka sendiri — `No doubt at all of the subjection of feudal lords to their own courts`.

30. Di bawah Government of India Act 1935 Governor General atau Governor adalah kebal hanya semasa melakukan tugas rasmi.

31. Di Amerika Syarikat, tuntutan Presiden Nixon supaya dianya dikecualikan daripada suatu peruntukan undang-undang telah ditolak oleh Supreme Court.

32. Di England, Queen tidak boleh ditangkap dan penangkapan sesiapa tidak boleh dibuat dalam kawasan istana. Juga dakwaan terhadap Queen tidak boleh dibuat dalam mahkamah.

33. Tetapi dalam satu kertas yang membincangkan Constitu- tional Law of India, di bawah Crown Proceedings Act bagi En- gland peruntukan asal telah dipinda supaya `Civil proceedings by and against the Crown` boleh dibuat. Dengan ini perbezaan `proceedings` terhadap `Crown` disamakan dengan rakyat.

34. Di dalam kertas yang sama disebutkan bahawa adalah menjadi `fundamental general rule` bahawa `His Majesty can- not sanction any act forbidden by the law`. Apabila Baginda tidak boleh sanction, Baginda dengan sendirinya tidak boleh berbuat sesuatu yang salah. Dengan ini, maka `His Majesty is under and not above the laws, (and) that he is bound by them equally with his subjects`.

35. Peruntukan dalam Perlembagaan-perlembagaan Sepanyol, Belgium, Norway, Denmark, Sweden dan Luxembourg, semuanya memberi immunity kepada Raja hanya dalam menjalankan tugas rasmi sebagai Raja. Sebarang kesalahan dalam menjalankan tugas rasmi akan dipikul oleh Kerajaan atau Menteri.

36. Tidak ada peruntukan khusus dalam mana-mana Perlembagaan negara-negara Eropah yang memberi immunity kepada Raja apabila melakukan perbuatan yang tidak rasmi.Namun Raja-Raja negara-negara berkenaan masih diiktiraf dan berdaulat. Mereka terus menjadi sovereign dan tidak hilang sovereignty mereka. Pendapat bahawa Raja hanya berdaulat jika Raja boleh melakukan jenayah dengan sewenang-wenangnya, tidak disokong oleh amalan-amalan di negara-negara lain di zaman ini. Bahkan di zaman dahulu pun Raja kerap dihukum apabila melakukan kesalahan. Demikian dengan Charles I di England dan Louis XVI di France.

37. Hanya dalam Perlembagaan Malaysia sahaja yang diperuntukkan secara khusus bahawa di bawah Artikel 181(2) bahawa `no proceedings whatsoever shall be brought in any court against the Ruler of a State in his personal capac- ity`.

38. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri pertama negara ini, pernah menulis bahawa kekebalan atau immunity ini tidak `satisfactory` kerana `Raja boleh membunuh tanpa sebarang tindakan terhadapnya`. Kesan peruntukan Artikel 181(2) ini amatlah luas. Oleh kerana Perlembagaan-Perlembagaan Persekutuan dan Negeri adalah juga undang-undang, Artikel 181(2) sebenarnya membenarkan Raja melanggar Perlembagaan. Sebab itu apabila Raja berniaga, walaupun dilarang oleh Perlembagaan, tidak ada apa-apa yang boleh dibuat oleh Kerajaan. Yang di-Pertuan Agong juga tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah. Tetapi Majlis Raja-Raja boleh melucutkan jawatannya. Sebaliknya sebagai Raja, Artikel 181(2) akan melindunginya.

39. Jika Malaysia ingin menjadi sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, kekebalan yang diberikan kepada Raja-Raja perlulah dihapuskan. Oleh kerana Perlembagaan di negara-negara yang mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan tidak memberi kekebalan kepada Raja-Raja mereka, maka penghapusan kekebalan Raja-Raja Melayu tidak akan menjejaskan sover- eignty atau kedaulatan mereka. Di zaman moden ini hanya kerana Raja tidak boleh melakukan jenayah dengan sewenang- wenangnya tidak akan menjejaskan taraf Raja, terutama di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

40. Untuk menentukan bahawa penghapusan kekebalan berkesan, dua lagi peruntukan dalam Perlembagaan perlu dipinda. Yang pertama ialah berkenaan dengan peruntukan dalam Artikel 63(2) yang melindungi seseorang yang mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen atau Jawatankuasa Dewan daripada disoal dalam mahkamah, telah dipinda di bawah Artikel 63(4) jika dianya menyentuh peruntukan Akta Hasutan.Peruntukan ini dibuat pada tahun 1971. Ini bermakna teguran terhadap Raja boleh dibuat sebelum 1971 tanpa menjejaskan kedaulatan Raja. Justeru itu membenar semula wakil-wakil rakyat mengkritik Raja yang bersalah tidaklah menidakkan hak atau keistimewaan asli Raja-Raja.Pindaannya Perkara 63 selepas Fasal(4) berbunyi:- “(5) Walau apa pun Fasal (4) tidak seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Yang di-Pertuan Agong atau seseorang Raja semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding mana- mana satu Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika ia menganjurkan penghapusan kedudukan Berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan atau kedudukan Berperlembagaan Raja sesuatu negeri, mengikut yang mana-mana yang berkenaan”.Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan selepas Fasal (4) Fasal yang berikut:- “(5) Walau apa pun Fasal (4) tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Raja mana-mana Negeri semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika dia menganjurkan penghapusan kedudukan Raja itu sebagai Raja Berperlembagaan Negeri itu”.

41. Tafsiran yang dibuat mengenai hasutan terhadap Raja dalam Perlembagaan adalah begitu luas sehingga tidak ada apa-apa pun teguran yang boleh dibuat di dalam Parlimen oleh ahli-ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan. Dengan itu me- dia juga tidak berpeluang untuk melapor. Teguran yang boleh dibuat hanyalah oleh penasihat Raja secara tertutup. Jika teguran ini tidak berkesan tidak ada apa-apa lain yang boleh dibuat.

42. Sebenarnya ketiga-tiga Perdana Menteri dahulu, sebagai penasihat kepada Raja-Raja, telah pun menegur Raja-Raja berkali-kali semasa mereka berkhidmat. Saya tahu teguran ini dibuat kerana perkara ini telah dilaporkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dan juga Majlis Tertinggi UMNO berkali-kali.

43. Allahyarham Tun Hussein Onn, semasa menjadi Perdana Menteri, pernah dalam ucapan bertulis di suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja, yang dihadiri hanya oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia atau wakil-wakil mereka sahaja, menegur dengan kerasnya perbuatan Raja-Raja yang tidak harus dilakukan.

44. Tetapi semua teguran ini tidak berkesan. Perkara- perkara yang disentuh terus dilakukan juga, bahkan ditingkatkan. Apa yang tidak pernah dibuat di zaman British dan pada tahun-tahun awalan Malaysia merdeka, dilakukan dengan semakin ketara dan meluas.

45. Walaupun hampir semua Perdana Menteri dan Menteri Besar melaporkan kepada Majlis Tertinggi UMNO akan masalah yang dihadapi oleh mereka tetapi orang ramai tidak diberitahu.Justeru itu, orang ramai tidak mengetahui masalah yang dihadapi oleh Kerajaan. Sebahagian besar daripada mereka terus percaya bahawa sistem Raja Berperlembagaan berjalan dengan baik dengan Raja menghormati segala peruntukan dalam Perlembagaan. Hanya sebilangan kecil daripada rakyat yang mengetahui dan mereka ini memang tidak senang hati dengan perbuatan Raja-Raja. Tetapi mereka ini tidak dapat menyuarakan pandangan dan perasaan mereka ini kerana adanya Akta Hasutan.

46. Akta Hasutan dan peruntukan berkenaan dengan hasutan terhadap Raja-Raja dalam Artikel 63(4) Perlembagaan menghalang rakyat daripada mendapatkan maklumat dan menyuarakan pendapat mereka. Mereka hanya dapat bercakap sesama sendiri sahaja. Pemimpin-pemimpin politik, termasuk pemimpin-pemimpin Kerajaan, memang mendengar dan menyedari akan pandangan dan kemarahan sebilangan rakyat yang mengetahui perbuatan Raja. Demikianlah kemarahan mereka sehingga ada, terutama di kalangan generasi muda, yang menganggap Sistem Beraja sudah ketinggalan zaman.

47. Tetapi oleh kerana Akta Hasutan dan larangan terhadap mengkritik Raja, Raja tidak mendengar dan tidak percaya kepada penasihat mereka apabila maklumat disampaikan berkenaan kegelisahan rakyat. Raja dan keluarga-keluarga di-Raja nampaknya berpendapat bahawa semua ini adalah ciptaan penasihat-penasihat Raja untuk menakutkan Baginda atau untuk merebut hak Raja.

48. Dalam keadaan ini Raja bukan sahaja akan meneruskan amalan-amalan yang tidak disenangi atau disukai oleh rakyat tetapi juga akan melakukan perkara-perkara yang lebih dibenci oleh rakyat. Jika trend ini tidak disekat, perasaan rakyat terhadap Raja tentu akan meluap dan menjadi begitu buruk sehingga pada suatu masa nanti rakyat mungkin tidak lagi dapat membendung perasaan mereka. Perasaan yang diluahkan dalam surat-surat kepada akhbar sebenarnya sudah lama wujud.

49. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membaca petikan daripada satu rencana yang dihantarkan kepada akhbar The Straits Times pada tahun 1946 oleh seorang tokoh Melayu yang terkemuka, apabila British mencadangkan penubuhan Malayan Union. Tokoh ini kemudian memegang jawatan yang tinggi dalam Kerajaan. Rencana ini tidak disiarkan oleh akhbar Straits Times tetapi ia disampaikan kepada saya baru- baru ini oleh penulis.

50. Penulis ini menyatakan, dengan izin, `All intelligent Malay leaders ought now seriously to give most profound and careful thought to the question whether the time has not ar- rived when the Malay Royalty (I mean the Sultan and Raja) should gracefully withdraw themselves altogether`.

51. Jika pandangan seperti ini sudah ada pada tahun 1946, apakah ia tidak mungkin wujud semula pada tahun 1993 jika Raja-Raja tidak dihalang daripada melakukan perbuatan- perbuatan yang tidak diingini?

52. Perlindungan dan keistimewaan yang diberi kepada Raja bertujuan meletakkan Raja di tempat yang tinggi dan mulia. Perlindungan dan keistimewaan ini bukanlah untuk membolehkan Raja melakukan apa sahaja termasuk jenayah. Raja yang sedar dan faham akan maksud sebenar peruntukan ini akan sentiasa memelihara daripada mencemar diri dalam perbuatan atau berkelakuan yang tidak baik dan tidak disukai oleh masyarakat. Raja yang sedar akan tahu bahawa perbuatan tidak menghiraukan perasaan dan pandangan masyarakat akan menyebabkan rakyat akhirnya menyingkirkan Raja, bahkan menghapuskan Sistem Beraja. Inilah yang berlaku di negara- negara lain yang sekarang menjadi republik.

53. Di Malaysia lindungan yang diberi amatlah tebal.Kekebalan Raja daripada undang-undang dan larangan terhadap teguran, walaupun hanya oleh ahli-ahli Dewan-Dewan Undangan yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir negara, mengasingkan Raja daripada dunia sebenar. Dalam keadaan ini perbuatan dan tingkah-laku Raja akan menjadi lebih buruk sepanjang masa. Inilah yang berlaku di Malaysia sekarang.

54. Justeru itu, adalah penting Ahli-Ahli Dewan diberi semula hak menegur Raja dalam perbahasan mereka. Tanpa hak ini Ahli-Ahli Dewan tidak akan berjaya mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan tidak akan dapat membuktikan bahawa rakyatlah yang berkuasa dalam sistem ini. Tanpa hak ini, yang berkuasa ialah Raja dan bukan rakyat.

55. Dengan adanya larangan terhadap menegur Raja, Ahli-Ahli Dewan sebenarnya tidak dapat memelihara Institusi Raja dan Sistem Beraja. Justeru itu, kebebasan Ahli-Ahli Dewan berucap dalam Dewan tidak harus disekat oleh Akta Hasutan seperti yang diperuntukan di bawah Artikel 63(4) dan 72(4).Dengan ditambah Artikel 63(5) dan 72(5) Ahli-Ahli Dewan bukan sahaja boleh memelihara kedudukan Raja, tetapi institusi Raja Berperlembagaan akan dilindungi oleh Perlembagaan secara jelas, kerana disebut di dalam Artikel 63(5) dan 72(5) bahawa pengecualian daripada Akta Hasutan tidak termasuk penganjuran `penghapusan kedudukan Berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan atau kedudukan Berperlembagaan Raja sesuatu negeri`.


Tuan Yang di-Pertua,

56. Perkara yang kedua yang boleh menidakkan penghapusan kekebalan Raja-Raja apabila melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang dalam suatu urusan yang tidak rasmi ialah hak pengampunan Raja seperti yang diperuntukkan dalam Artikel 42. Dengan peruntukan ini, Raja boleh mengampunkan dirinya sendiri jika ia dihukum salah oleh mahkamah setelah kekebalan daripada tindakan undang-undang ditarik balik.Ini bermakna penarikan kekebalan tidak bermakna dan tidak berkesan.

57. Justeru itu, Kerajaan bercadang supaya Perkara 38 dan 42 Perlembagaan Persekutuan dipinda seperti dalam Fasal(2) Perkara 38 dan Fasal(12) Perkara 42. Fasal (2) Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda - (a) dengan menggantikan koma di hujung perenggan (c) dengan koma bernoktah; dan (b) dengan memasukkan, selepas perenggan (c), perenggan yang berikut: “(d) memberi ampun, reprief dan respit, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42,”.Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan, selepas Fasal (11), Fasal-Fasal yang berikut: “(12) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Perlembagaan ini, jika kuasa-kuasa yang tersebut dalam Perkara ini - (a) kena dijalankan oleh Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri dan dikehendaki dijalankan berkenaan dengan dirinya atau isterinya, anak lelakinya atau anak perempuannya, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Ketua Menteri bagi Negeri itu yang bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi Negeri itu di bawah Perkara ini dan yang hendaklah dipengerusikan olehnya; (b) dikehendaki dijalankan berkenaan dengan Yang di-Pertuan Agong, Raja sesuatu Negeri, atau Konsortnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Majlis Raja-Raja dan peruntukan-peruntukan yang berikut hendaklah terpakai: (i) apabila menghadiri mana-mana prosiding di bawah Fasal ini, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh disertai oleh Perdana Menteri dan Raja-Raja lain tidak boleh disertai oleh Menteri-Menteri Besar mereka; (ii) sebelum membuat keputusannya tentang apa-apa perkara di bawah Fasal ini, Majlis Raja-Raja hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah diberikan oleh Peguam Negara tentang perkara itu; (c) dikehendaki dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan anak lelakinya atau anak perempuannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa- kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Raja sesuatu Negeri yang dinamakan oleh Majlis Raja-Raja dan Raja itu hendaklah bertindak mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yang relevan yang ditubuhkan di bawah Perkara ini.(13) Bagi maksud perenggan (b) dan (c) Fasal (12), Yang di-Pertuan Agong atau Raja Negeri yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan Yang di-Pertua- Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi anggota Majlis Raja-Raja”.

58. Dengan pindaan ini Raja tidak boleh mendengar rayuan dan mengampun dirinya sendiri. Jika ada Raja atau Konsortnya yang merayu pengampunan, maka Majlis Raja-Raja akan mendengar dan memutuskan kes berkenaan.

59. Raja juga tidak boleh mendengar rayuan dan mengampun anaknya. Majlis Raja-Raja akan melantik seorang Raja lain untuk mendengar dan memutuskan rayuan pengampunan anak Raja.

60. Dengan pemansuhan kekebalan Raja-Raja daripada tindakan undang-undang, kecuali ketika menjalankan tugas rasminya, adalah dipercayai Raja tidak akan melakukan perbuatan- perbuatan yang boleh didakwa di mahkamah. Dengan ini, Raja akan dihormati rakyat.

61. Pemansuhan sekatan yang dikenakan terhadap Ahli-Ahli Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri oleh Akta Hasutan akan mengelakkan Raja-Raja daripada melakukan sebarang perbuatan yang mungkin menarik teguran ahli-ahli dewan-dewan berkenaan.

62. Pemansuhan kuasa mengampun diri sendiri akan menjadikan tindakan undang-undang lebih berkesan.

63. Tujuan sebenar pindaan-pindaan ini bukan kerana Kerajaan ataupun rakyat ingin mengheret Raja-Raja ke mahkamah dengan sewenang-wenangnya. Tujuannya ialah supaya Raja-Raja akan menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang boleh mengakibatkan tindakan undang-undang.Oleh itu, Raja akan lebih dihormati.

64. Harus diingat bahawa penghormatan rakyat terhadap Raja tidak boleh ditentukan oleh undang-undang. Dengan izin, `Respect must be earned`. Mengadakan undang-undang yang menakutkan rakyat tidak akan membawa `respect`. Dengan kesedaran Raja boleh dihadapkan ke mahkamah, Raja tentu akan mengelak daripada melakukan perbuatan yang akan menyebabkan rakyat tidak menghormati Raja. Dengan itu, Institusi Beraja akan lebih dihormati dan lebih berkekalan.

65. Bagi menguatkan usaha mengekalkan Raja dan Sistem Beraja, sebarang syor atau desakan menghapuskan Sistem Beraja adalah ditafsirkan sebagai hasutan dan akan didakwa di bawah Akta Hasutan.


Tuan Yang di-Pertua,

66. Saya berasa amat sedih kerana pada hari ini saya terpaksa mengemukakan kepada Dewan yang mulia ini satu Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan yang sedikit- sebanyak mencemar nama baik Raja dan Institusi Raja. Dengan hati yang berat saya telah mengemukakan dan mengulas pindaan-pindaan yang dicadangkan ini.

67. Kerajaan membuat keputusan untuk meminda Perlembagaan bukannya tanpa sebab. Sebenarnya seperti yang telah saya katakan, Kerajaan telah mengelak daripada membuat pindaan ini semenjak daripada mula kita mencapai kemerdekaan. Kita mengelak kerana ingin menjaga maruah Raja-Raja. Tetapi pendekatan secara ini tidak meredakan keadaan. Sebaliknya keadaan menjadi lebih buruk.

68. Akhirnya dengan berlakunya insiden Raja memukul rakyat dan sebelum ini satu lagi insiden di mana anak Raja juga memukul rakyat, Kerajaan tidak dapat memandang ringan kejadian-kejadian ini tanpa menjejaskan kredibiliti Kerajaan sebagai pemerintah yang bertanggungjawab.

69. Kerajaan terpaksa membuat pendirian tegas untuk melindungi rakyat daripada dianiaya oleh Raja. Sudah tentu pendirian ini tidak dibuat kerana dua insiden ini sahaja.Sebelum ini terdapat banyak insiden di mana Raja menganiaya rakyat, Raja menyalahi undang-undang civil dan criminal, Raja menyalahgunakan wang serta harta Kerajaan dan negara, Raja menekan dan menganiaya pegawai-pegawai.

70. Insiden di Johor hanyalah dengan izin, `the straw that broke the camel`s back`. Reaksi rakyat terhadap insiden- insiden ini jelas menunjukkan bahawa rakyat tidak lagi dapat menerima dan `tolerate` perbuatan seperti ini.


Tuan Yang di-Pertua,

71. Memang ada orang tertentu yang seolah-olah ingin memberi kuasa dan mempertahankan Raja apabila Raja melakukan jenayah. Mereka cuba memesongkan fikiran rakyat dengan menuduh bahawa Kerajaan bercadang menghapuskan Sistem Beraja.

72. Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Barisan Nasional tidak bercadang sama sekali untuk menghapuskan Sistem Beraja. Ini jelas daripada pindaan yang dikemukakan.Sebarang cadangan untuk menghapuskan Sistem Beraja akan ditafsir sebagai hasutan dan Kerajaan akan mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan ke atas sesiapa sahaja yang mengesyor atau bertindak untuk menghapuskan Sistem Beraja.


Tuan Yang di-Pertua,

73. Kerajaan sedar bahawa rakyat, khususnya orang Melayu menerima dan menyokong Institusi Raja-Raja Melayu. Tuduhan yang dibuat bahawa Kerajaan bercadang untuk menghapuskan Sistem Beraja adalah kerana kepentingan politik semata-mata.Kerajaan yang mewakili majoriti orang Melayu dan kaum-kaum lain akan mematuhi kehendak rakyat dan tidak akan melakukan sesuatu yang tidak disukai.

74. Oleh kerana jelas majoriti rakyat berbilang kaum di negara ini masih menghendaki Sistem Beraja, khususnya Sistem Raja Berperlembagaan, maka Kerajaan akan menentukan sistem ini dilindungi oleh Perlembagaan.


Tuan Yang di-Pertua,

75. Ada pihak yang berpendapat bahawa Raja Melayu diperlukan untuk melindungi orang Melayu. Peristiwa Perjanjian MacMichael dan Malayan Union jelas membuktikan bahawa yang sanggup dan mampu melindungi orang Melayu ialah orang Melayu sendiri. Jika tidak kerana mereka bangun dan menentang Malayan Union, hari ini orang Melayu akan menjadi pengemis di negeri sendiri.

76. Percubaan pihak yang cuba menakutkan orang Melayu terhadap pindaan ini adalah kerana mereka ingin menggunakan sentimen kaum untuk kepentingan parti mereka. Sejarah mereka tidak boleh meyakinkan kita bahawa mereka ikhlas.Mereka inilah yang telah cuba melemahkan orang Melayu dengan memecahbelahkan UMNO dan mengadakan kerjasama dengan pihak- pihak tertentu yang diragui oleh orang Melayu.

77. Apakah hanya dengan menghalang Raja daripada melakukan jenayah maka Raja akan hilang kedaulatan dan tidak lagi menjadi Raja? Pendapat bahawa Raja hanya boleh menjadi 33 Raja jika ia berhak dan diberi keistimewaan melakukan jenayah adalah bertentangan dengan konsep Raja sebagai punca undang-undang. Di zaman dahulu di Barat, Raja memang mempunyai hak melakukan jenayah. Umpamanya mengikut kepercayaan kepada konsep, dengan izin, `Droit du seigneur` (right of the Lord) atau Hak yang di-Pertuan, Raja berhak bermalam dahulu dengan semua pengantin baru.

78. Tetapi di Barat pun semua hak ini telah dihapuskan.Sebab itu di negara-negara Barat yang mengekalkan Sistem Beraja, tidak ada kekebalan secara khusus bagi Raja. Jika ada pun sebutan bahawa Raja tidak boleh dihadapkan ke mahkamah, ini hanyalah formaliti sahaja. Raja, Kerajaan dan rakyat tahu bahawa jika Raja melakukan jenayah, ia akan dihadapkan ke mahkamah, dan ia akan diturunkan dari takhtanya. Justeru itu, Raja di negara Barat tidak akan dengan sengaja melakukan jenayah.

79. Walaupun jelas Raja-Raja di Barat tidak kebal atau im- mune daripada tindakan undang-undang dan bukan undang- undang, Raja masih tetap juga Raja. Mereka masih dihormati dan disegani.


Tuan Yang di-Pertua,

80. Di zaman British, Raja-Raja Melayu bukan sahaja tidak kebal tetapi juga berada di bawah telunjuk pegawai-pegawai British. Mereka boleh dinaikkan atau diturunkan dari takhta. Satu daripada ugutan MacMichael supaya Raja menandatangani Perjanjian Malayan Union ialah mereka akan diturunkan dari takhta jika mereka tidak menandatangani Perjanjian tersebut.

81. Dalam keadaan sebegini pun, Raja masih terus menjadi Raja. Rakyat tidak menuntut supaya Raja-Raja disingkir atau Sistem Beraja dihapuskan walaupun Raja-Raja telah menyerahkan negeri-negeri Melayu kepada penjajah. Sayugia diingatkan bahawa pada masa itu Raja-Raja di Indonesia, India dan Pakistan telah ditolak oleh rakyat yang menuntut kemerdekaan. Sebaliknya rakyat Malaysia, terutama orang Melayu dan UMNO, telah berjuang untuk menyelamatkan Raja- Raja dan Sistem Beraja.

82. Dengan tindakan orang Melayu melawan Malayan Union adalah jelas bahawa nasib orang Melayu berada di tangan rakyat Melayu. Keselamatan orang Melayu tidak terjejas dengan Raja Melayu tidak memiliki hak untuk melakukan jenayah. Ada pihak yang berkata dengan penghapusan hak Raja melakukan jenayah, maka orang Melayu tidak akan Melayu lagi atau akan habislah keistimewaan kedudukan orang Melayu. Ini tidaklah benar. Ini adalah fitnah. Yang akan menjamin Melayu terus Melayu dan hak-hak orang Melayu terus terpelihara ialah orang Melayu sendiri. Merekalah melalui wakil-wakil dan Kerajaan yang mereka pilih yang mencipta dan melaksanakan berbagai-bagai rancangan untuk memelihara dan menebus maruah bangsa Melayu.


Tuan Yang di-Pertua,

83. Seorang Raja telah menyoal kenapakah pindaan Perlembagaan ini dikaitkan dengan agama Islam sedangkan Kerajaan ini tidak bersetuju dengan pelaksanaan undang- undang syarak dan hudud. Menurut Baginda, Baginda sedia menerima hukum-hukum Islam tanpa immuniti tetapi tidak sanggup menerima undang-undang negara yang dikatakan bukan undang-undang Islam.

84. Sama ada direstui atau tidak oleh Baginda, kedudukan Raja-Raja Melayu semenjak merdeka ditentukan oleh undang- undang, iaitu Perlembagaan. Undang-undang inilah juga yang memberi keistimewaan-keistimewaan tertentu kepada Raja. Di antara keistimewaan ini ialah immuniti daripada tindakan undang-undang. Jika Raja sanggup menerima immuniti di bawah undang-undang yang bukan undang-undang Islam, kenapakah penghapusan immuniti dalam undang-undang yang sama tidak mahu diterima oleh Raja?

85. Dalam Islam ada dua prinsip yang dipegang kuat berkenaan dengan undang-undang. Yang pertamanya ialah tidak ada perbezaan antara umat Islam daripada segi penguatkuasaan hukum-hukum Islam. Raja dan rakyat adalah sama sahaja.Immuniti bagi Raja adalah bertentangan dengan prinsip ini.Menolak penghapusan immuniti supaya dikekalkan perbezaan antara Raja dan rakyat dalam undang-undang tidak mencerminkan pegangan yang kuat kepada prinsip Islam.

86. Menerima immuniti daripada undang-undang yang dikatakan bukan undang-undang Islam, tetapi menolak penghapusan immuniti ini dalam undang-undang yang sama amatlah bercanggah dengan dakwaan hanya sanggup menerima undang- undang Islam sahaja.

87. Islam memberi banyak kelonggaran. Islam mengambilkira segala faktor dan keadaan yang dihadapi oleh umatnya.Demikian dalam menunaikan ibadat pun keadaan alam sekeliling, kesihatan individu dan keadaan semasa diambilkira. Oleh itu, sembahyang boleh dilakukan tanpa gerak badan tertentu, tanpa menghadapi kiblat, didahulukan, dikemudiankan atau dicantumkan, berjemaah atau berseorangan.Rakyat Palestin yang dihalau keluar oleh Pemerintahan Zionis boleh sembahyang tanpa menanggalkan kasut. Dalam ibadat- ibadat lain kelonggaran juga diberikan. Demikian juga dengan penguatkuasaan hukum hudud. Keadaan alam sekeliling dan masyarakat perlu diambilkira. Sebab itu tidak banyak negara yang majoriti penduduknya terdiri daripada orang Islam yang melaksanakan hukum hudud. Yang melaksanakannya pun tidak melaksanakan dengan sepenuhnya.

88. Kerajaan tidak menolak hukum hudud. Pelaksanaannya mestilah mengambilkira keadaan negara di mana penduduk Islamnya hanya merupakan 56 peratus dan mereka masih daif dalam berbagai-bagai bidang. Pentadbiran yang menolak kelonggaran yang diberikan oleh Islam sebenarnya tidak mematuhi ajaran Islam. Islam tidak menyuruh orang Islam atau Kerajaan Islam melaksanakan hukum Islam secara membuta- tuli sehingga boleh membinasakan diri. Sebab itu Nabi menyuruh pengikutnya pergi ke Habsyah untuk menyelamatkan diri. Sebab itu Nabi berhijrah ke Madinah untuk menyelamatkan Islam dan perjuangan Islam.

89. Jika keadaan mengizinkan, kita akan menguatkuasakan hukum hudud. Tetapi janganlah sementara kita menunggu hukum hudud dilaksanakan, kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam. Sebenarnya jenayah yang dilarang dalam undang-undang negara ini adalah juga yang dilarang oleh agama Islam. Apakah Raja berkenaan mahu kebebasan melakukan jenayah ini hanya kerana kita belum boleh melaksanakan hukum hudud yang melarang jenayah yang sama?

90. Prinsip yang kedua ialah tidak ada kekebalan dalam Islam. Semua hukum adalah untuk semua umat. Raja yang mahu dirinya kebal daripada undang-undang sudah tentu menentang prinsip Islam ini.


Tuan Yang di-Pertua,

91. Akhirnya saya ingin menyentuh mengenai masalah menasihati Raja. Seperti yang telah saya sebutkan, Raja dikehendaki menerima nasihat Kerajaan. Di negara-negara lain di mana Sistem Beraja masih wujud walaupun tidak ada peruntukan khusus bahawa Raja bertindak mengikut nasihat

Kerajaan, namun Raja tidak pernah bertindak bertentangan dengan nasihat Kerajaan. Oleh itu, perhubungan di antara Raja dengan Kerajaan yang mewakili rakyat tetap baik. Lebih daripada itu, di negara-negara ini Raja dihormati dan disanjung tinggi oleh masyarakat.

92. Malangnya, di Malaysia walaupun ada peruntukan bahawa Raja harus bertindak mengikut nasihat Kerajaan, tetapi pihak Raja memegang kepada tafsiran nasihat yang diterima umum — iaitu nasihat boleh diterima atau ditolak. Tafsiran ini adalah salah. Dalam pada itu, ada pula perkara tertentu yang Raja menganggap ianya tidak perlu diberi nasihat.Dengan ini banyaklah perkara yang dilakukan yang bertentangan dengan Kerajaan yang mewakili rakyat.

93. Masalah yang dihadapi hari ini berpunca daripada pendapat bahawa Raja boleh membelakangkan Kerajaan rakyat.Tindakan curang yang berlaku adalah kerana nasihat tidak dihiraukan. Tidak adanya persetujuan terhadap pindaan ini juga berpunca daripada keengganan Raja menerima nasihat.

94. Jika ini berterusan, maka Kerajaan Demokrasi Berparlimen tidak dapat wujud sepenuhnya dan sebenarnya.Inilah sebabnya Kerajaan membawa pindaan ini kepada Dewan.Jika proses ini dipertikaikan, maka keputusan boleh dibuat oleh mahkamah. Sebagai Kerajaan yang berpegang teguh kepada, dengan izin `rule of law` kita akan patuh kepada keputusan mahkamah. Di masa yang sama, perkara ini tidak harus dilihat daripada sudut undang-undang sahaja. Ia perlu dilihat daripada sudut politik juga.

95. Di waktu Raja menyerahkan negeri-negeri Melayu kepada British, rakyat mengambil tindakan politik untuk mendapatkan balik negeri-negeri Melayu dan mengekalkan Institusi Raja.Walaupun daripada segi undang-undang rakyat tidak berhak kerana semua perjanjian dibuat antara British dan Raja sahaja, pihak British menghormati tindakan politik rakyat.

96. Saya berharap Raja-Raja Melayu juga akan mengambil iktibar daripada sejarah negara, khususnya sejarah Malayan Union dan menerima kehendak politik negara. Walaupun tanda- tanda menunjukkan bahawa Raja-Raja tidak menerima pindaan ini, saya berharap selepas pindaan ini diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Raja-Raja Melayu akan menerima dan meluluskan undang-undang ini.

Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan.


Penyampai : DATO’ SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tajuk : SEMASA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993
Lokasi : DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR
Tarikh : 18-01-1993

Derek kupipes dari http://raja-jawa.blogspot.my/...hehehe