PENCIPTAAN WANG : Membongkar rahsia penipuan sistem kewangan
dunia.....
Mungkin ada di antara kita yang pernah ambil subjek ekonomi.
Merungut. tak... Ramai pelajar saya merungut mengatakan subjek ekonomi ni
susah, banyak sangat konsep-konsep kena ingat, macam-macam perkataan ekonomi
yang bombastik hinggakan orang kampung pun nganga tak faham, asyik main dengan
nombor je, ermmm asyik-asyik keluk, keluk, keluk, pastu asyik nak
cari persamaan je ('equation'). Masa saya ambil 'Master in Economic', ada
kawan-kawan yang menegur saya " boleh ke bawak, nak cari nahas
ke". Ye la, ijazah saya ni dalam bidang 'Marketing', tiba-tiba nak masuk
bidang ekonomi pulak. Lain bidang tu. Persoalannya kenapa saya tak mau
ambil 'Master' bidang perniagaan tetapi tetap berdegil ambik bidang ekonomi.
Jawapannya mudah, saya nak memahami ekonomi secara realiti. Tapi sayang, bila
saya masuk kelas, apa yang saya belajar, semua berkaitan pengiraan dan nombor
terutama 'Econometrix', semua berkaitan menganalisis jurnal ekonomi, semua berkaitan
macammana nak 'cipta persamaan'.Memang 'tension' dan sangat teruk belajar
master ni hinggakan saya pening kepala yang amat sangat dan dinasihatkan
membuat pemeriksaan di Hospital Pakar.
Persoalannya apa yang saya dapat ?
Jawapannya, 'nothing' (takde ape-ape). Cuma saya dapat belajar ilmu yang saya
tak pernah tahu dan tak boleh nak praktikkan dalam kehidupan saya, ilmu yang
saya tak boleh nak kongsi dengan masyarakat dan akhirnya saya dapat sijil
kat konvokesyen. Itu sahaja....maksudnya saya berjaya dapat sijil tapi saya
gagal mencapai objektif saya. Sekarang, baru saya menyedari dan faham
sikit-sikit. Memang bidang ekonomi ini dicipta oleh orang barat untuk menjadi
susah, rumit, sukar dan penuh tekanan. Semua kesukaran ini bukan tak
disengajakan tapi DISENGAJAKAN. Kesukaran yang dibuat hanya sekadar
TOPENG.Sebabnya mudah, supaya dapat mengelakkan semua manusia kat dunia ni
memahami ekonomi. Kalau semua manusia tau tentang ekonomi, maka makin banyak
lah terbongkarnya segala rahsia penipuan, konspirasi, kezaliman,
ketidakadilan dan kejahatan yang dilakukan oleh orang-orang barat terutama
konspirasi orang yahudi ke atas sistem kewangan dunia. Jadi, hanya orang-orang
tertentu sahaja yang berusaha mencari kebenaran mampu memahami ekonomi. Mengapa
saya cakap camni...
Dulu memang ramai yang tak menyedari penipuan sistem
kewangan dunia. Sekarang, bila Allah beri bala dengan kejatuhan dollar Amerika,
Kejatuhan minyak mentah dunia, kemelesetan ekonomi dunia termasuk Malaysia,
kemelesetan ekonomi Eropah yang menyebabkan negara Greece
muflis dan peperangan ke atas Iraq dan
Afghanistan menyebabkan satu persatu orang mendedahkan rahsia
penipuan dan konspirasi sistem kewangan dunia.Sekarang ramai orang dah sedar
bahawa 'KITA DAH KENA TIPU' , 'KITA DAH DIPERMAINKAN' oleh sistem kewangan
Camni ceritanya....'BAGAIMANA WANG DOLLAR DICIPTA' Sebab apa pilih contoh
Dollar. Jawapannya, sebab Dollar ni digunakan satu dunia sebagai pertukaran
matawang asing dalam menjalankan urusniaga antarabangsa. Kalau lingkup dollar
menyebabkan satu dunia akan menerima kesan negatif yang menyiksakan.Dalam erti
kata lain Dollar telah menjadi PEMBULI matawang dunia. Amerika ni melalui Bank
Pusat, ada satu dokumen rasmi berkaitan panduan asas proses penciptaan wang.
Nama dokumen tu ialah 'Modern Money Mechanics'. Contoh paling mudah dan senang
nak faham seperti berikut... Federal Reserve USA Kerajaan Amerika perlukan duit
100 billion untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi. Kemudian Kerajaan
Amerika bagitau kat 'Federal Reserve System' atau dipanggil 'The FED'. Sebelum
tu, nak bagitau dulu sapa 'THE FED' ni ye. Ianya adalah bank pusat Amerika yang
beribu pejabat di Washington.Tujuan utama ditubuhkan sejak
1913 untuk menyelesaikan masalah jika berlaku 'Bank Panic'. 'Bank Panic'
ni ialah krisis kewangan yang berlaku ke atas bank apabila berlaku satu keadaan
di mana ramai sangat orang keluarkan duit kat bank disebabkan peristiwa
tertentu, contohnya ekonomi meleset (Istilah orang putih dipanggil 'banking
run').Bila keadaan ini berlaku boleh menyebabkan bank bankrup. (Gambar 1 :
'Bank Run' 1933 USA. Gambar 2 : 'Bank Panic' 1907 Akhirnya jadila
kertas yang dinamakan 'Federal Reserve Note'.Kemudian wakil kerajaan Amerika
dan wakil 'Federal Reserve' pun bertemu di satu lokasi dan buat pertukaran.
Wakil kerajaan Amerika akan bagi kertas 'Treasury Bond' 100 billion tu kat
Wakil 'Federal Reserve' manakala Wakil 'Federal Reserve' bagi kertas 'Federal
Reserve Note' 100 billion kat Wakil Kerajaan Amerika. Apabila selesai proses
pertukaran maka wakil kerajaan Amerika tadi pun pegi ke bank. Sampai kat
bank, Wakil Kerajaan Amerika pun bagi kertas 100 billion 'Federal Reserve Note'
tu kat pegawai bank untuk didepositkan atau disimpan dalam akaun bank.Selesai
sahaja urusan memasukkan 'note' tadi dalam akaun bank maka secara rasminya
kertas 'note' tersebut menjadi wang yang sah diperlakukan. Akhirnya,
bertambahlah 100 billion bekalan wang kat Amerika.
Akhirnya berjaya kerajaan Amerika mencipta 100 billion
sebagai wang baru...ermmmm...senangnya diaorang cipta duit. Ini contoh
umum je supaya kita senang nak faham. hakikatnya semua urusniaga tersebut
menggunakan elektronik tanpa melibatkan sebarang kertas. Hanya 3% sahaja wang
dollar Amerika wujud dalam bentuk fizikal manakala 97% wujud dalam komputer
sahaja. Kesimpulannya, kalau kita tak sedar, kita anggap penulisan ni
macam takde apa yang menarik pun. Biasa je...Walhal, hakikatnya, ada rahsia
yang cukup, cukup, cukup besar yang memang kesannya terkena secara langsung kat
muka kita setiap hari. Apa rahsianya... ini dia.. WANG YANG DICIPTA TADI
TIDAK ADA NILAI LANGSUNG DAN TIDAK BERSANDARKAN APA-APA PUN. Abis tu wang
dicipta berdasarkan apa. 'WANG DICIPTA DARIPADA HUTANG'. Takde sandaran
langsung daripada barang yang bernilai seperti emas, perak atau barang
komoditi. Memang teruk, 'very nonsense', penipu dan tak logik langsung. Memang
tak patut penciptaan wang adalah berdasarkan hutang. Bila ini berlaku jangan
harap la INFLASI akan turun. INFLASI akan naik setiap masa. Jangan harap la
kita boleh beli roti canai berharga 30 sen seperti zaman 1980an. Boleh
saya sambung balik.....
Biasanya setiap bank kat dunia akan diarahkan oleh bank
pusat masing-masing untuk buat penyimpanan peratusan tertentu daripada jumlah
simpanan. Senang nak kira, saya bagi contoh 10%. Maksudnya daripada 100 billion
duit tadi, 10 billion (10%) wajib disimpan oleh bank manakala 90 billion
digunakan untuk bagi hutang kat orang ramai. Dalam erti kata lain, duit 90
billion tu boleh digunakan untuk mencipta wang baru dengan TIDAK BERSANDARKAN
apa-apa pun disebabkan adanya PERMINTAAN daripada orang ramai untuk buat
pinjaman. Cuba baca contoh mudah ni...Ada orang nak pinjam 90 billion kat
bank.Biasanya sebelum nak guna duit 90 billion tu, dia akan simpan balik dalam
akaun bank kan. Takkan la nak letak 90 billion kat bawah bantal, kena rompak la
jawabnya. Sedar tak sedar, sebenarnya duit 90 billion yang kita masuk dalam
akaun tu digunakan balik oleh bank untuk tawarkan pinjaman kat orang lain.
Proses ini akan berlaku secara berterusan dan tanpa kesudahan selagi ada orang
lain yang nak buat pinjaman. Secara matematiknya camni la... daripada 100
billion yang disimpan oleh kerajaan Amerika tu, bank boleh cipta wang baru
sebanyak 9 kali ganda 'NILAI' daripada 'NILAI ASAL'atau 900 billion tanpa ada
sebarang sandaran. (orang biasa kata 'untung atas angin').Ini akan menurunkan
nilai wang dan menaikkan harga barang. Contohnya 1 dollar pada tahun 1913
memerlukan 21 dollar 60 sen pada tahun 2007 untuk menyamai nilainya. Berlaku
penurunan sebanyak 96%. Wang baru 900 billion tersebut telah mencuri nilai dari
wang yang tersedia ada dipasaran (ingat tak 100 billion adalah duit sedia ada).
900 billion ini telah MENINGKATKAN JUMLAH WANG di pasaran.
Dalam masa yang sama JUMLAH BARANG DAN PERKHIDMATAN
dipasaran TIDAK MENINGKAT. Ini akan mengakibatkan HARGA BARANG DAN PERKHIDMATAN
MENINGKAT. Akhirnya, MENGHAPUSKAN KUASA BELI bagi setiap wang. Ini dipanggil
INFLASI. INFLASI ini adalah CUKAI yang tak nampak. Mungkin selama ni,
kita hanya tahu bayar cukai pendapatan individu setiap tahun. Tak bayar kena
saman. Selama ni kita hanya tahu bila makan Pizza kena bayar cukai jualan
sebanyak 5% dalam bil kita.Selama ni kita hanya tahu, bila beli kereta Toyota
Vios kena bayar cukai import/ cukai eksport dan cukai eksais. Selama ni kita
hanya tahu, bila ada kad kredit kena bayar cukai sebanyak RM50 kat kerajaan.
Selama ni kita hanya tahu bila tempah hotel, kena bayar cukai
perkhidmatan.Ramai orang tidak sedar bahawa kita sebenarnya terpaksa menanggung
CUKAI INFLASI setiap tahun.Cukai lain ada gak turun naik nya atau mungkin
dilupuskan tapi CUKAI INFLASI tidak akan turun sampai bila-bila. Dia akan makan
duit kita tanpa disedari dan secara perlahan-lahan.Cuma nombor sahaja yang
mungkin berkurang, hakikatnya INFLASI akan naik setiap tahun. Kesimpulannya
selagi wang baru terus beranak pinak tanpa ada keseimbangan dengan jumlah
barang dan perkhidmatan yang dijual kat pasaran maka akan sentiasa lah
menurunkan nilai wang kita.Secara realitinya kita tak boleh nak elak inflasi
dan inflasi ini dicipta memang disengajakan.
Dalam sistem kewangan sekarang wang adalah
berasal daripada hutang atau pinjaman. Semakin banyak wang, semakin banyak
hutang. Satu-satunya cara wang 'WUJUD' adalah melalui hutang atau pinjaman.Oleh
itu jika kerajaan dan semua orang dalam negara bayar hutang maka tiada lagi
dollar yang wujud dalam kitaran.Jika tiada hutang dalam sistem kewangan maka
tidak akan ada wang.Persoalannya adakah kerajaan Amerika mampu bayar
hutang. Jawapannya , -Tidak-. Realitinya, Amerika pernah berjaya membayar
semua hutangnya kali terakhir pada tahun 1835.Kesimpulannya ' Wang yang bank
bagi pinjam kat kita secara undang-undangnya tidak wujud pun sebelum itu. Wang
tersebut adalah palsu dan pihak bank tidak pernah ada wang sebagai harta untuk
memulakannya..
Diambil dari http://ilmuhaizan.blogspot.my/2010/10/penciptaan-wang-membongkar-rahsia.html
No comments:
Post a Comment