Tuesday, April 12, 2011

Tip untuk jimat Petrol untuk orang macam aku...

1. Servis kereta ikut jadual - kereta yg di maintain dgn baik akan beroperasi pada kecekapan maksimum..dont try at home..tapi mun terer sik hal..

2. Penapis udara dan penapis minyak petrol kena check! (Penapis minyak petrol kene tukar 40 000 km sekali)
 3. Spark plug perlu dlm keadaan baik ( kalernya sik hitam)






4. Tayar perlu diisi angin dgn pressure yg betul, kalu tayar tak cukup angin, kuat makan minyak...


5. Pakai kereta yg CC rendah tapi kalau nak pakai yg CC tinggi pun boleh cuma system mestila bagus la macam Honda i-VTEC, Toyota VVTi atau pakai sistem

6. Jangan tarik pick-up lebih 3000 rpm setiap gear , tapi sekali-sekala boleh la takut engine basik..hehe

7.Mbak slow- slow man ! jangan speeding .90-100 km/j tu kira ok la.., tapi mun sekadar nak test drive sik hal..hehehe



8. Elakkan jalan raya jem, lagi lama sangkut makan minyak (sebab selalu tukar gear)..p/s : jem..mbak roti..hehe

9. Kalau parking menunggu tu, off enjin

10. Berkongsi kereta (jimat kos)...jangan ingat nak free jak..


11. Naik motor (4 lejang)..macam aku..beli motor senang..

12. Naik Basikal (boleh menyihatkan badan)tapi sik larat la

13. Senang cerita..Naik pengangkutan awam..duduk belakang jadi bos..driver dah tentu ada..


14. Guna tayar kereta yang low profile dan ada special rubber compound (Grip tinggi rintangan kurang)
 15. Pakai rim tayar biasa dah la, mun nak pakai sport rim biar sesuai dgn kereta (dapat pakai macam rim motor lagi bagus - ringan maa... macam kereta klasik)

16. Isi minyak kat stesen minyak yang pakai meter analog

17. Tingkatkan tahap kecekapan pembakaran engin, kalau kereta biasa - 80% daripada campuran bahan api dibakar dgn sempurna. Kalau nak tingkatkan ke 90% pakai high frequency converter dlm sistem spark plug seperti Stromberg ataupun pakai special magnet pada talian minyak (Dah terbukti !!!)

18. Isi minyak slow-slow masa kat stesen minyak. Isi minyak sambil minum kopi dan borak-borak..paling bagus masa hari hujan..minyak sejuk..isi mampat..


19. Elakkan jalan berbatu dan tanah merah..beringgut dan merosakkan kereta kita


20. Gunakan engin Hybrid (gas-electric)...mun da duit lebih boleh la

21. Guna engin Electric (pakai bateri)..bukan bateri AAA ok..

22. Gunakan tenaga solar
 23. Kurangkan penggunaan air-con,mun panas make kipas tangan..

24. Kalau kat highway tu, cucuk angin kereta lain (follow belakang kereta lain utk kurangkan daya tolakan angin (Di sarankan cucuk angin kereta yg power sahaja seperti Mercedes, BMW, EVO )..mun keta sik power..lejuk nyawa kita belakang
 25. Buang Catalytic converter pada system ekzos dan ganti dgn free flow center bullet (Tapi sebelum buat pastikan tahap kecekapan pembakaran engin anda ditingkatkan, mun sik banyak asap keluar geng)

26. Ganti ekzos belakang dgn free flow ekzos (Kalu takut bising, cari yg brand baik punyeee, mesti marii)..jangan ekzos buluh..hehehe
27. Loweredkan kereta anda
 28. Pakaikan kereta anda skirt labuh tapi jangan cecah jalan dah la. Ini bertujuan untuk kurangkan rintangan angin, tapi skirt tampal tak main sebab takut angin tembus
 29. Kalau nak pergi kedai kat rumah tu, jalan kaki lagi bagus, boleh exercise
 30. Cari tempat kerja dekat dgn rumah, kalau dapat tidur,makan,berak,mandi kat office lagi best.

31. Petrol mudah terpeluwap, jadi kalau nak isi minyak isi time pagi atau waktu sejuk dan kalau dapat parking tempat redup lagi best. Cuba kitak orang berjemur.. masak sik.
32. Kalau nak isi petrol kat stesen minyak pastikan isi penuh, tak payah nak ulang alik cari stesen minyak

33. Jangan bawak banyak barang. Kalau boleh bawak yg perlu sahaja. Penggunaan minyak bergantung kepada weight/power ratio - power kereta dah fix, bila berat bertambah - nisbah meningkat dan penggunaan minyak pun meningkat. Lagi satu, cuba-cubalah kuruskan badan tu sikit dan turunkan perut tu....kah!kah!..terasa u..

34. Tinted cermin kereta anda (Semua cermin). Lagi kurang cahaya matahari masuk, lagi bagus (cthnya gold dust 95% block heat) sebab ia berkaitan dgn penggunaan air-con dan emosi anda. Contohnya, kalau air-con kurang guna atau guna pada tahap minimum, minyak pun save dan anda pun kurang terbakar atau kurang nak marah sebab ada kajian menunjukkan cuaca panas akan meningkat tahap kebrutalan seseorang itu. Bila dah 'panas' mula la jadi samseng jalan raya
 35. Terdapat juga teknologi baru dimana kadar ketembusan cahaya pada cermin kereta anda boleh diubahsuai (Kat negara kita belum dikomersialkan) menggunakan tenaga elektrik drp bateri anda. Bila nak parking - gelapkan cermin kereta, bila nak drive cerahkan balik.



36. Gantikan Air filter kereta anda dengan filter K&N sebab filter K&N diperbuat daripada gentian kapas dimana kadar aliran udara adalah lebih tinggi daripada filter biasa yg diperbuat dari kertas dan mudah tersumbat
 37. Boleh cuba pakai micro-compressor (www.micro-compressor.com) atau Air Injector (www.air-injector.com)

38. Kalau nak pergi kerja tu, keluar la awal sikit, takde la terkejar-kejar. Rilek je drive dan tak sakit kepala.
 39. Perbanyakkan stesen Petronas
 40. Pasang intercooler pada enjin anda (bila suhu enjin diturunkan, power meningkat dan boleh save minyak)


Try la kita orang..tip yang aku dapat dari internet..sik ingat aku nya pun link..sori penulis asal..aku saja jak nak nyebar benda berfaedah

No comments:

Post a Comment