Sejak dari tahun 1985 hingga 2010, ada permohonan-permohonan dari Malaysia untuk menuntut di Harvard. Dan setiap tahun, sekurang-kurangnya seorang yang berjaya diterima masuk. Bezanya sejak 2 tahun terakhir, menunjukkan kesemua permohonan-permohonan pelajar Malaysia untuk masuk ke universiti paling berprestij di dunia,Universiti Harvard ditolak kerana dilihat tidak layak dari segi kualiti dan kebolehan untuk bersaing.
Benarkah? Apa masalah yang diperbetulkan sekarang ini dalam sistem pendidikan di Malaysia sekarang ini?
Sekarang ini, beribu-ribu yang mendapat semua A dalam SPM. Setiap tahun bilangan pelajar yang mendapat semua A dalam SPM meningkat. Tetapi adakah ia benar-benar mencerminkan kualiti sebenarnya dalam diri setiap pelajar?
Dipetik Daripada Laporan : Malaysia Insider
Melihatkan isu ini, kami suka untuk berkongsi beberapa contoh dan cerita di sini di mana sebelum ini terdapat satu kursus yang diadakan oleh bekas-bekas pelajar yang pernah memasuki Ivy League yang bertempat di Taylors College. Dari Universiti Columbia, Brown, Duke, Yale, Princeton, MIT dan Harvard, CalTec dan juga Stanford pun ada turut sama-sama menyertainya. Dan terdapat juga beberapa universiti lain yang lain pada masa itu. Boleh dikatakan yang hadir datang adalah terdiri daripada pelajar-pelajar & bekas pelajar dari universiti yang berprestij di dunia. Seperti kata-kata seorang wakil daripada MITI :
“if you randomly throw a stone there, you will definitely hit a mathematic Olympiad champion”
Hakikat antara mereka yang hadir adalah majoritinya adalah Cina, ada juga sebahagiannya adalah berbangsa India. Melayu tiada pada masa itu. Tetapi kalangan daripada mereka yang hadir memaklumkan suatu masa terdahulu terdapat beberapa kalangan Melayu yang berjaya diterima masuk ke dalam Harvard. Itu, dahulu….
“Seingat kami dahulu Raja Nazrin, Ananda Krishnan, Wan Nadiah Wan merupakan lulusan Universiti Harvard. Ada kalangan anda yang mahu berkongsi senaraiannnya?
Sekarang?
Dan…mereka mengatakan kebanyakan pelajar Malaysia yang mendapat keputusan yang cemerlang atau dalam bahasa yang mudah untuk diterima iaitu “keputusan yang gempak” tidak menjamin untuk anda-anda semua diterima masuk ke dalam universiti yang paling berprestij di dunia iaitu Universiti Harvard. Jadi apa yang mereka mahukannya sebenarnya? Apa yang Universiti Harvard cari adalah :
“Siapa anda, dan apa yang anda minati”
Ini semua ada kaitan dengan keghairahan seseorang dalam menimba ilmu mengikut bidang yang
No comments:
Post a Comment